top of page

Terma & Syarat

Hadiah Eksklusif untuk Pelanggan Ansuran Mudah AEON! Bernilai RM40,000 - Ansuran Mudah AEON Credit. 

  1. Kelayakan:
    Peraduan ini terbuka kepada ahli PlusOne® yang membuat pembelian bernilai RM3,000 atau lebih menggunakan Skim Ansuran Mudah AEON Credit dalam tempoh yang ditetapkan dari 1 Mar hingga 30 Apr 2024.

     

  2. Tempoh Peraduan:
    Bermula 5 Disember 2024 hingga 4 Januari 2025.

  3. Lokasi:
    Sah di semua cawangan Senheng/Senheng Mobile/senQ di seluruh Malaysia.

     

  4. Penyertaan Peraduan:
    Setiap permohonan yang diluluskan dan kes jualan yang dituntut layak untuk satu (1) penyertaan melalui borang peraduan di Aplikasi Senheng sahaja.
    Borang peraduan yang tidak lengkap, tidak tepat, atau mengandungi butiran pemenang yang salah akan dibatalkan.

     

  5. Penilaian Kelayakan:
    Senheng dan AEON Credit akan mengenal pasti pelanggan yang layak daripada kumpulan penyertaan untuk menentukan kelayakan peraduan.

     

  6. Pemprosesan Permohonan:
    Pemprosesan dan kelulusan permohonan oleh AEON Credit adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat AEON Credit.
    Semua keputusan kelulusan permohonan adalah berdasarkan garis panduan penilaian AEON Credit dan dianggap muktamad.

     

  7. Tarikh Akhir Penyertaan:
    Semua penyertaan mesti diterima sebelum pukul 23:59:59 (Waktu Malaysia) melalui borang Google atau sebelum waktu operasi kedai berakhir pada 4 Januari 2025.
    Penyertaan yang diterima selepas waktu tersebut atau tidak lengkap tidak akan diterima. Masa adalah berdasarkan sistem pelayan Senheng.

  8. Pemilihan Pemenang:
    Pemenang Hadiah Utama akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan yang layak sepanjang Tempoh Peraduan dan disenarai pendek melalui program pemilihan rawak (randomizer) Senheng.
    Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) Hadiah Utama sepanjang Tempoh Peraduan.

     

  9. Pengumuman Pemenang:
    Pengumuman pemenang akan dibuat dalam tempoh 60 hari selepas kempen berakhir.

     

  10. Penggunaan Maklumat Pemenang:
    Penerimaan hadiah memberi hak kepada Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama atau gambar pemenang bagi tujuan publisiti, pengiklanan atau perdagangan tanpa sebarang bayaran tambahan atau notis lanjut.

     

  11. Terma dan Persetujuan:
    Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi serta keputusan muktamad Penganjur.
    Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

     

  12. Hak Pindaan:
    Senheng & senQ berhak untuk meminda Terma & Syarat yang dinyatakan tanpa notis awal.

bottom of page