3 Perkara Kecil Bagi Anda, Tetapi Besar Bagi Ibu!
- Amiera Hanis
- May 2
- 2 min read

Bila kali terakhir kita cakap "terima kasih" pada ibu? Bukan sebab dia masak sedap. Bukan sebab dia lipat baju kita sejak sekolah rendah. Tapi sebab dia ada... setiap masa. Dalam diam, ibu selalu letak keperluan orang lain dulu sebelum diri sendiri.
Dan sekarang – tibalah masa untuk kita balas balik semua tu. Tapi macam mana? Simple je: bantu mudahkan kerja harian dia. Tak perlu tunggu jadi jutawan dulu,cukup hadiah yang bijak dan thoughtful sesuai dengan gaya hidup ibu zaman now!
Jom tengok cadangan hadiah paling “win” untuk ibu yang sentiasa jadi hero belakang tabir

Ibu yang kerja tak ada ‘punch card’ ni layak dapat pembantu nombor dua — bukan manusia, tapi robot Vakum!Bayangkan lepas masak, sapu, kemas rumah apa semua si ibu boleh rehat tengok drama Korea sebab ada si comel ni bersihkan lantai untuk dia. Dapat lah kurangkan sedikit beban ibu tu.

Kalau ibu jenis yang suka memasak dan eksperimen dengan macam-macam resepi baru dari TikTok, korang boleh try hadiahkan dia air fryer canggih atau pressure cooker elektrik. Nak lagi extra? Korang boleh try hadiahkan satu set microwave oven 3-in-1 yang boleh grill, reheat dan bake terus!

Ibu pun manusia biasa dan tahu erti penat . So, bagi menghilangkan lelah si ibu setelah seharian menguruskan rumah adalah dengan menghadiahkan dia sebuah kerusi urut.
Dengan adanya kerusi urut sekurang-kurangnya nya si ibu dapat relax kan muscle muscle yang kejang tu balik.
Tak Perlu Tunggu Hari Ibu Untuk Hargai
Tapi… kalau dah dekat Hari Ibu ni, why not buat dia rasa dihargai, walau dengan satu hadiah kecil tapi maknanya sangat besar bagi mereka, yang penting hadiah itu beri nilai dan mudahkan hidup ibu.
Kalau tak tahu nak cari kat mana, meh singgah Senheng — dari barangan rumah, gadjet, sampai urusan ansuran pun kami boleh bantu. Hadiahkan ibu sesuatu yang praktikal, stylish dan penuh makna. Sebab ibu kita memang layak dapat yang terbaik. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu diluar sana! 💝
Oh by the way! Sekarang kita tengah adakan contest sempena hari ibu tau. Korang berpeluang untuk menang mesin basuh! Berminat? Klik sini untuk info lanjut.

留言