Bahasa Cinta Seorang Ayah: Dalam Diam, Penuh Makna
- Amiera Hanis
- Jun 10
- 1 min read

Kita selalu dengar tentang kasih sayang seorang ibu – lembut, penuh pelukan dan kata-kata manis. Tapi bagaimana pula dengan kasih seorang ayah? Ia jarang dilafaz, jarang ditunjuk secara terang-terangan. Tapi percayalah, bahasa cinta seorang ayah sentiasa wujud – dalam diam, dalam tindakan, dalam pengorbanan.
Sejak kecil, ayah adalah sosok yang tenang. Bangun awal, keluar bekerja, jarang mengeluh. Tak banyak bicara, tapi kehadirannya selalu menenangkan. Bila kita demam, ayahlah yang diam-diam bangun malam semak suhu. Bila kita nak ke sekolah, ayahlah yang panaskan enjin motor walaupun masih gelap.
Ayah tak selalu tanya, “Kamu okay ke?” tapi dia pastikan setiap permintaan kita dipenuhi semampunya. Ayah tak selalu peluk dan kata “Saya sayang kamu,” tapi dia tak pernah gagal ambil dan hantar kita setiap hari.
Kini, bila kita sudah dewasa – kita mula sedar, sayang ayah itu bukan pada kata-kata, tapi pada segala yang dia lakukan tanpa perlu diminta. Inilah cinta yang tak banyak berbunyi, tapi cukup kuat untuk membentuk siapa kita hari ini.

Sempena Hari Bapa ini, mari kita balas cinta diam ayah dengan sesuatu yang bermakna – bukan kerana dia minta, tapi kerana dia layak. Hadiahkan sesuatu yang boleh bantu ayah berehat, bergembira dan nikmati masanya sendiri – seperti mana dia berkorban masa untuk kita dahulu.

Untuk ayah yang suka tengok berita, drama atau siaran bola sepak. Hadiah berbentuk TV sangat sesuai untuk si ayah. TV Pintar boleh bagi pengalaman menonton yang lebih jelas dan puas untuk mereka.

Fon telinga tanpa wayar dah jadi trend untuk zaman sekarang. Fon telinga sekarang lebih canggih berbanding dulu-dulu. Untuk si ayah yang suka dengar lagu atau mungkin suka layan podcast sendiri semasa waktu lapang, fon telinga ini sangat sesuai untuk ayah. Nak guna pun mudah dan lebih selesa digunakan untuk jangka masa panjang.

Kalau anda nampak telefon pintar ayah dah bercalar-clar, atau mungkin skrin telefonnya pecah. Anda boleh hadiahkan telefon pintar baharu sempena hari bapa nanti. Sambil-sambil tu dapat juga bantu ayah kekal terhubung dengan anak-anak dan keluarga – dengan paparan lebih jelas dan kamera yang lebih baik untuk video call!

Dah usia sebegini, kesihatan ayah pasti akan lebih merosot. Sebagai anak yang perihatin, anda boleh hadiah jam tangan pintar untuk si ayah. Jam tangan ini bukan sahaja boleh tengok masa, tapi ia juga boleh bantu ayah untuk monitor kesihatannya melalui jam tangan pintar sahaja.
Tak kisahlah apa yang kita beri, yang penting adalah ingatan dan niat kita. Ayah tak pernah minta tapi kita tahu dia layak dihargai, setiap masa. Jadi tahun ini, raikan hari bapak dengan penuh kasih dan penghargaan
تعليقات