top of page

Barang Elektrik Cepat Rosak? Cuba 5 Tips Ringkas Ni Dulu!

  • jingsianchoong2
  • Apr 16
  • 2 min read

Pernah tak baru je pakai setahun dua, tapi mesin basuh atau peti sejuk dah

mula buat hal? Selalunya bukan salah barang tu pun, kita je yang mungkin terlepas pandang bab penjagaan. Sebenarnya, ada cara mudah untuk pastikan barangan elektrik anda tahan lebih lama, jimat duit, dan tak stress kalau tiba-tiba rosak. 

Jom tengok tips simple ni yang boleh bantu ‘panjangkan nyawa’ peralatan elektrik di rumah anda!


Ramai suka masukkan semua baju dalam satu basuhan, cepat siap dan jimat masa katanya. Tapi sebenarnya, overload mesin boleh rosakkan motor dan buat mesin basuh anda cepat haus. Sebaiknya anda ikut sahaja kapasiti maksimum yang disyorkan dan bagi lah mesin tu bernafas sikit.


Untuk peti sejuk, aircond dan vacuum, penapis dan koil adalah jantung utama dalam sesebuah peralatan elektrik. Bila barangan elektrik anda dah berhabuk, prestasi pun pasti akan menurun. Anda perlu lap atau vakum bahagian tu sekurang-kurangnya setiap 2–3 bulan.


Kadang-kadang kita biar je TV, microwave atau pengecas tersambung 24 jam. Tapi arus elektrik masih mengalir dan boleh jejaskan komponen dalaman. Nak lebih selamat lebih baik cabut je plug bila tak digunakan. Secara tak langsung anda juga boleh kurangkan penggunaan elektrik!


Peralatan macam blender, rice cooker atau microwave tak sesuai diletak dekat singki atau tempat lembap. Kelembapan boleh masuk ke bahagian dalaman dan boleh menyebabkan kerosakan perlahan-lahan.


Kalau kawasan rumah kerap ada masalah elektrik atau blackout, lebih baik guna voltage protector. Ia bantu lindungi barang elektrik daripada kejutan arus yang boleh merosakkan papan litar. 


Kadang-kadang walaupun kita dah jaga elok-elok tapi nasib masih tak menyebelahi,  barang tetap juga boleh rosak. Tapi kalau anda beli barangan elektrik di Senheng, anda akan dapat jaminan tambahan selama 1 tahun secara automatik! 


Bayangkan, lepas waranti pengeluar habis, anda masih dilindungi untuk setahun lagi. Bukan je jimat kos baik pulih, tapi juga beri ketenangan fikiran. Senang cerita, beli sekali — pakai lama. 


Barang elektrik memang bukan murah, tapi kalau kita jaga betul-betul, ia boleh tahan bertahun-tahun tanpa masalah. Dan kalau nak lebih yakin, pilihlah Senheng.


 
 
 

Comments


bottom of page