top of page

Barang Elektrik vs Manual? Mana Lebih Berbaloi & Praktikal?

  • Amiera Hanis
  • Jul 24
  • 2 min read
ree

Dulu, nak masak kita guna dapur gas dan kuali. Nak sapu rumah? Ambil penyapu dan getah paip. Tapi sekarang… semua benda boleh dapat versi elektrik! Dari air fryer, mop automatik, robot vakum sampai ke mesin basuh lipat baju (ok, yang ni belum wujud lagi, tapi almost there).


Tapi… betul ke semua benda patut kita tukar ke versi moden? Atau masih berbaloi guna cara manual? Jom kita sembang santai tentang mana satu yang paling sesuai ikut gaya hidup masing-masing!


ree

Air Fryer

✅ Tak perlu guna banyak minyak – lebih sihat

✅ Boleh tinggal – sambil masak, sambil buat kerja lain

✅ Sesuai untuk yang busy atau nak masak cepat


Rasa makanan yang dimasak menggunakan air fryer mungkin sedikit berbeza dari cara goreng biasa


Kuali Tradisional

✅ Rasa asli, boleh kawal tahap garing ikut suka

✅ Lebih fleksibel – boleh tumis, goreng, rebus sekali jalan


kelemahan kalau masak guna kuali ni adalah kita kena jaga api dan perlu berdiri lama sikit depan dapur, sebab takut nanti kalau cuai tak pasal-pasal hangit makanan korang.


Kalau korang nak gaya hidup lebih sihat dan ringkas, air fryer memang game-changer. Tapi tak salah pun simpan kuali untuk lauk favourite mak-mak kita. Dua-dua ada tempatnya!


ree

Robot Vakum

✅ Boleh bersihkan rumah masa kita buat benda lain

✅ Sesuai untuk rumah yang ada anak kecil, bulu kucing, atau lantai besar

✅ Sesetengah model ada mop fungsi sekali – 2 dalam 1!


Sekiranya korang memilih robot vakum, pastikan korang jaga dan bersihkan vakum tersebut supaya vakum tu dapat berfungsi dengan baik sama macam mula-mula korang beli dulu.


Penyapu Manual

✅ Tak perlu elektrik, senyap dan jimat

✅ Mudah nak capai tempat sempi


Kelemahan untuk orang yang memilih penyabu adalah, korang perlukan effort, tenaga dan masa yang lebih untuk proses pembersihan.


Vacuum robot ni bukan malas, tapi bijak! Bila guna dengan betul, memang boleh bantu mudahkan kerja harian. Tapi penyapu pun masih berguna untuk korang buat kerja dengan cepat. Contohnya korang terpecahkan cawan favourite mak, so boleh la capai penyapu untuk hapus jejak dengan cepat!


Ramai fikir barang elektrik ni mahal. Tapi bila kita kira balik – masa yang jimat, tenaga yang tak terpakai, dan konsistensi dalam urus rumah… ia sebenarnya satu pelaburan yang bijak untuk jangka panjang.


Pilih Ikut Gaya Hidup


Bukan semua orang perlukan semua benda elektrik, tapi bila kita tahu gaya hidup sendiri, baru senang buat keputusan. Untuk suri rumah full-time, mungkin dorang perlukan kedua-dua jenis ni , ada masa boleh guna yang elektrik dan ada masa boleh guna manual je .

Untuk yang bekerja sepenuh masa pula memang sangat recommend untuk korang guna barang elektrik supaya dapat bantu ringankan beban harian dan untuk yang single, korang boleh pilih yang compact & multifunction.

Yang penting, beli sebab ia membantu hidup jadi lebih senang, bukan sebab trend semata-mata.


ree


Kalau korang dah bersedia nak upgrade rumah dengan barangan elektrik, pastikan beli dengan cara yang paling untung!


Dengan S-Coin dari Senheng, korang akan dapat ganjaran setiap kali berbelanja. Bukan setakat beli, tapi korang boleh tebus S-Coin untuk pembelian seterusnya.


Nak beli air fryer, robot vakum, atau peti sejuk baru pun rasa lebih berbaloi bila ada pulangan.


Jom mula beli barang elektrik secara bijak dengan S-Coin hari ini!



 
 
 

Comments


bottom of page