Benda Wajib Ada Dalam Beg Kerja Anda – No. 3 Tu Paling Ramai Lupa!
- Amiera Hanis
- 3 days ago
- 2 min read

Setiap pagi sebelum melangkah keluar rumah, kita semua akan buat rutin wajib: semak beg kerja. Betul tak? Tapi berapa ramai antara kita yang pernah sampai pejabat atau site kerja baru perasan “Alaaa... tertinggal charger!” atau lebih tragis, tertinggal kad access!
Sebenarnya, ada beberapa benda yang memang wajib kita pastikan sentiasa ada dalam beg kerja. Benda-benda ni nampak macam remeh, tapi kalau tiada—boleh kacau mood dan produktiviti satu hari.
Sempena Hari Pekerja, jom kita semak senarai barang penting yang patut ada dalam beg kerja anda.

Zaman sekarang ni, laptop dah jadi macam partner kerja. Nak balas email, bentang idea, buat laporan semua guna laptop, tapi yang penting jangan lupa charger sekali! Tak ada yang lebih menyedihkan daripada laptop mati tengah-tengah mesyuarat.

Telefon bateri tinggal 5% dan anda tengah tunggu panggilan penting? Situasi cemas ni memang boleh dielakkan kalau ada powerbank dan kabel 3-dalam-1 dalam beg. Tak berat, tapi sangat berbaloi untuk dibawa setiap hari. Sekurangnya boleh la guna waktu kecemasan.

Ini dia… barang yang ramai lupa bawa, tapi akan rasa “eh tak selesa la kerja” bila tiada. Mouse merupakan salah satu benda yang penting untuk kerja yang lebih tepat dan laju. Earbud pula berguna sekiranya anda ada mesyuarat online, untuk dengar muzik atau bila nak elak bunyi bising sekeliling.

Kita dah biasa dengan norma kebersihan sekarang. Sama ada di pejabat atau di berjalan ke mana-mana sahaja wajib kena ada sanitiser dan tisu basah. Kedua-dua benda ni mesti ada untuk mudahkan kita jaga kebersihan tangan dan peralatan.

Paling ‘legend’—dah sampai lif baru sedar tertinggal kad access pejabat, dah tak pasal-pasal kena patah balik untuk amik kad access. So, untuk elak benda remeh ni terjadi, lebih baik anda simpan semua kad penting dalam pouch khas atau dompet kecil supaya tak bersepah dan mudah dicapai.
Bila beg kerja anda lengkap, anda akan rasa lebih bersedia dan yakin untuk mula bekerja. Barang-barang ni mungkin nampak kecil, tapi ia adalah senjata utama untuk pekerja zaman sekarang.
Jom kita check beg kerja dan pastikan barang-barang yang perlu ada dan lengkap untuk bantu kita bekerja dengan lebih mudah dan efisien setiap hari 💼✨
Nak lengkapkan keperluan harian anda? Senarai barang seperti laptop, powerbank, earbuds dan tablet boleh didapati di Senheng dengan pelbagai tawaran hebat!
Comments