top of page

Cikgu Tak Semestinya Di Sekolah – Siapa Sebenarnya Guru Dalam Hidup Anda?

  • Amiera Hanis
  • 7 hours ago
  • 2 min read

Setiap 16 Mei, kita akan menyambut Hari Guru — hari untuk kenang jasa dan dedikasi para pendidik. Tapi jom kita jujur kejap… agak-agak siapa je "guru" sebenar dalam hidup kita? Jawapannya? Bukan cikgu sekolah je. Kadang-kadang, mak ayah kita, abang atau kakak, bos kat tempat kerja atau kawan-kawan pun dikira guru kita juga!



Ibu Ayah – Dalam ramai-ramai orang, mereka lah yang sebenarnya guru pertama kita. Mereka yang pertama ajar kita berjalan, makan, baca ABC dan macam-macam lagi. semua tu dari mereka. Ibu bapa semangnya insan yang paling layak dihargai, bukan cuma pada hari guru sahaja, tapi untuk setiap hari.


Bos atau Mentor di Tempat Kerja – Mereka juga di anggap guru kerana mereka yang banyak ajar, tegur atau perbaiki kelamahan kita di tempat kerja. Walaupun kadang-kadang agak pedih bila kena marah , tapi tetap juga banyak yang kita belajar dari mereka.


Kawan Sebilik atau Serumah – Kawan sebilik atau serumah ni bukan sekadar kawan je, tapi mereka juga banyak mengajar kita erti kehidupan disaat kita berjauhan dengan keluarga dan adik beradik. Mereka juga lah yang banyak membantu kita saat kita memerlukan pertolongan. Ada kawan-kawan yang ajar kita masak, kemas rumah, cara nak selesaikan tugasan atau cara urus bajet hujung bulan.


🎁 Cadangan Hadiah Untuk Guru-Guru Hebat

Nak hargai mereka tak semestinya perlu bagi hadiah mahal pun, yang penting ikhlas dan dari hati. Tapi kalau nak bagi something sweet, jom tengok cadangan ni:





Cerek Elektrik Moden

Sesuai untuk ibu ayah atau bos yang suka minum teh/kopi. Hadiah cerek dapat memudahkan mereka untuk meneydiakan minuman dengan cepat, terutamanya waktu sibuk.



Set Penjagaan Diri

Bagi memastikan mereka sentiasa tampil kemas dan bergaya, apa kata korang try hadiahkan mereka benda-benda simple macam ni. Mesti mereka akan suka dan hargai pemberian dari korang



Tablet

Hadiah jenis ini sangat sesuai untuk mereka yang suka membaca atau belajar benda baharu. Dengan fungsi skrin yang besar dan suara yang lebih jelas ia bantu mereka terus berkembang dengan lebih mudah.



Blender Pintar

Untuk ibu, ayah atau rakan serumah yang suka memasak atau menjaga pemakanan, korang wajib hadiahkan blender pintar ni kepada mereka. Blender pintar ini sangat memudahkan penyediaan makanan.



So, akhir kata, Guru sebenar tak semestinya pegang marker dan berdiri depan papan putih. Mereka ialah sesiapa sahaja yang pernah ajar kita sesuatu, walaupun kecil. Jadi tahun ni, jom kita luaskan definisi "guru", dan jangan lupa ucap “Terima kasih, cikgu” kepada semua yang pernah ubah hidup kita.






 
 
 
bottom of page