top of page
  • Amiera Hanis

Dah Bosan dengan Bunga & Kek? Ini Dia Hadiah Rare untuk Hari Ibu!

Hari Ibu tiba lagi! Ini masanya untuk kita tunjukkan rasa terima kasih dan cinta kita kepada insan yang bergelar ibu. Ibu lah yang banyak berkorban menjaga dan mendidik kita dari kecil, jadi apa salahnya kita sebagai anak menghargai mereka dengan menghadiahkan sesuatu yang istimewa di hari ibu nanti.

Kalau selalu kita hadiahkan sesuatu yang biasa-biasa, apa kata kali ini kita hadiahkan ibu sesuatu yang luar biasa dan berguna untuk kegunaan sehari-hari mereka. Jom kita tengok antara hadiah rare yang boleh korang bagi untuk ibu…

Seperti yang kita tahu, ibu adalah insan yang tak pernah habis menguruskan kerja-kerja di rumah. Tapi kena ingat! Ibu juga kadang kala ada rasa penat dan perlukan istirahat. Jadi sebagai anak yang prihatin, hadiah pertama yang boleh korang bagi untuk ibu tersayang ialah sebuah Television pintar. Nak pilih TV pun kena la pilih ciri yang terbaik.


Pilih Paparan Yang Jelas Baru Puas Nak Marathon



TV pintar SHARP adalah salah satu pilihan terbaik yang boleh korang pilih, kerana TV pintar SHARP dilengkapi dengan teknologi 4K Ultra HD yang tidak hanya menyediakan gambar yang cerah dan tajam, tetapi juga anti silau untuk membolehkan pengalaman menonton yang lebih jelas dan memukau. Nak bagi hadiah, mesti la kena cari yang terbaik untuk ibu kan. Jadi, boleh la ibu korang marathon pelbagai cerita kegemaran mereka dengan kepuasan yang maksimum.


Tak Lengkap Tontonan Kalau Tak Ada Sistem Suara yang Baik



Ciri lain yang wajib korang titik beratkan sebelum membeli TV untuk ibu tersayang adalah dengan memastikan sistem suara yang dihasilkan oleh TV tersebut adalah baik. Dengan TV SHARP, korang dah tak perlu risau kerana ia mempunyai ciri pemantul bunyi yang mendalam.

Beberapa model dari jenama SHARP juga dilengkapi dengan teknologi Dolby Atmos yang membawa kedalaman audio sinematik ke ruang tamu korang. Kalau ibu korang nak memasak sambil menonton TV pun tak ada masalah kerana kejelasan suara yang dihasilkan oleh TV SHARP memang luar biasa.


Ibu Suka Memasak? Peti Sejuk SHARP dengan Penyimpanan Yang Luas Adalah Pilihan yang Tepat!



Cadangan untuk hadiah kedua yang boleh korang bagi sempena hari ibu ialah Peti Sejuk. Agak-agak dah berapa lama ibu korang pakai peti sejuk yang ada di rumah tu? Jadi ini masanya untuk korang gantikan peti sejuk lama mereka kepada yang baru.

Antara ciri penting untuk korang periksa sebelum membeli peti sejuk adalah dengan memastikan peti sejuk tersebut mempunyai tempat simpanan yang luas seperti peti sejuk dari SHARP. Sebuah peti sejuk yang ideal adalah yang boleh menyimpan semua keperluan Ibu tanpa perlu bersusah payah untuk mereka susun setiap kali buat perbelanjaan bulanan.


Bahan Mentah Cepat Rosak? Kekalkan Nutrisi Bahan Mentah dengan peti Sejuk SHARP!



Mesti ibu ibu penat dan stress kalau setiap kali beli barang basah tapi cepat busuk dan rosak. Bukan cuma penat yang mereka dapat, pembaziran pun boleh berlaku tau. Jadi, untuk meringankan beban mereka, korang boleh hadiahkan peti sejuk yang mempunyai suhu sejuk beku yang baik.

Peti sejuk jenama  SHARP bukan sahaja mempunyai simpanan yang luas, ia juga mempunyai pengaturan suhu yang baik dan membantu si ibu dalam mengekalkan nutrisi makanan dan bahan mentah yang disimpan. Sistem pendinginan yang canggih dapat menjadikan buah, sayur-sayuran dan bahan mentah yang lain tetap segar dalam jangka masa yang lebih lama.


Wah! Siap Boleh Dapat 10% Tambahan S-Coin Cashback Lagi!






Haa, so macam mana? Ok ke tak idea untuk hadiah hari ibu ni? Mesti korang rasa mustahil kan untuk hadiahkan TV atau Peti Sejuk. Rilex! Sebab sekarang ni Senheng tengah buat promosi untuk Jenama SHARP. Kalau korang beli TV atau Peti Sejuk dari SHARP korang boleh dapat 10 % Tambahan untuk S-Coin Cashback tau.

Ini la masa yang sesuai untuk korang belanja ibu-ibu korang. Sekali sekala buat lah dorang rasa happy dan dihargai sikit. Lagipun tak rugi beli sebab korang boleh dapat kumpul dan tebus S-Coin tersebut untuk pembelian seterusnya. Memang berbaloi-baloi.

8,212 views0 comments

Comments


bottom of page