top of page

Dari Kampus ke Rumah Sewa – Survival Kit untuk Fresh Grad Mulakan Hidup!

  • Dina Haziqah
  • Oct 22
  • 3 min read
ree

🎓 Dari Graduation ke Realiti – Hidup Sendiri Kini Bermula


Habis je konvo, rasa macam semua benda dah ready. Tapi realitinya, bila melangkah ke rumah sewa sendiri baru betul-betul terasa cabaran hidup berdikari. Kalau dulu dekat hostel, kawan sebilik selalu ada, makanan kafe asyik sedia depan mata, dan mak ayah boleh tolong settle banyak benda. Sekarang, nak makan pun kena fikir, nak basuh baju sendiri, nak kemas rumah sendiri… pendek kata, hidup solo memang lain macam. Itulah sebab fresh grad kena ada “survival kit” sebagai senjata rahsia yang buat hidup lebih smooth dan kurang drama.



🍳 Multi Cooker – Chef Segera Versi Fresh Grad


Bila gaji baru masuk, takkan nak habiskan duit untuk makan luar setiap hari? Tapi, percaya tak kalau multi cooker ni boleh jadi BFF pertama bila mula duduk sendiri. Bayangkan, satu periuk ni boleh masak nasi, sup, pasta, bubur, malah goreng-goreng ringan sekali. Dengan multi cooker, segalanya lebih mudah. Praktikal, jimat ruang, dan senang nak bersihkan. Semua boleh settle guna satu alat. Tak perlu jadi masterchef pun, asal kenyang dan sihat. Tak payah pening kepala dah lepas ni!



⚡ Air Fryer & Microwave – Dinner Express Selepas Kerja


Balik kerja pukul 6 lebih, kadang-kadang stuck dalam jam sampai pukul 8 malam baru sampai rumah. Energy pun tinggal separuh je. Masa macam tu, siapa rajin nak masak-masak kan? Kat sinilah air fryer dan microwave jadi penyelamat. Air fryer boleh buat ayam crispy tanpa minyak berlebihan, microwave boleh panaskan leftover food dari semalam. Malam-malam craving nak kudap? Masukkan frozen snack, tunggu beberapa minit, siap terus. Simple, cepat dan tak perlu bazir duit order food delivery setiap hari. Fresh grad boleh makan homemade, tetap jaga bajet poket masing-masing dan rasa lebih puas hati.



🧹Cordless Vacuum – Rumah Bersih Tanpa Drama Wayar


Rumah sewa mungkin kecil, tapi habuk tetap ada. Nak pegang penyapu setiap hari? Confirm tak sempat. Bila ada cordless vacuum, bersihkan bilik atau ruang tamu boleh jadi kerja 5 minit sahaja. Tak payah tarik wayar panjang-panjang, tak payah cucuk soket sana-sini. Ambil je, tekan butang, lima minit settle. Lebih praktikal untuk fresh grad yang nak rumah nampak kemas walaupun sibuk kerja. Lagi best, bila ada kawan datang singgah, taklah rasa segan sebab rumah nampak macam “baru lepas ribut”.



ree

⏰ Busy Kerja? Senheng Ada Jalan Pintas


Fresh grad biasanya baru nak biasakan diri dengan rutin kerja penuh masa (bangun awal, hadap jem, balik dah penat). Memang susah nak cari masa shopping barang rumah. Tapi berita baiknya, Senheng ada servis Buy Online, Pick In Store. Maksudnya, masa tengah lunch break pun boleh order appliances online. Lepas balik kerja, terus singgah cawangan Senheng terdekat untuk collect. Tak payah tunggu delivery, tak payah bazirkan masa cuti hujung minggu. Senang, cepat dan memang sesuai dengan gaya hidup “sibuk tapi nak praktikal”.



🚀 Jadi Lebih Mudah dengan Senheng


Hidup sendiri memang mencabar, tapi tak semestinya susah. Dengan survival kit yang betul macam multi cooker untuk mudah memasak, air fryer & microwave untuk jimat masa serta cordless vacuum untuk rumah bersih, confirm hidup korang as fresh grad jadi lebih teratur dan tenang. Tak perlu tunggu lama nak rasa “hidup dewasa”, sebab semua boleh mula dengan langkah kecil yang bijak. Dan bila ada Senheng, nak lengkapkan survival kit untuk mulakan hidup sebagai fresh grad memang tak jadi masalah. Persoalannya, korang yang fresh grad tu dah ready tak untuk upgrade hidup dari vibe hostel ke level professional?


 
 
 

Comments


bottom of page