Elak Kos Tersembunyi. Ini Masanya Fikir Semula Sumber Air Anda
- Amiera Hanis
- Sep 10
- 1 min read

Pernah tak rasa macam hidup kita ni penuh dengan “small hassle” yang kita dah terbiasa sampai tak perasan? Contohnya bab air minum kat rumah. Hari-hari kita buat benda sama. Isi air botol, masak air dengan cerek, tunggu mendidih. Nampak macam biasa je, tapi sebenarnya banyak kos tersembunyi yang kita tak sedar.

Bayangkan satu keluarga beli 2 karton air botol seminggu. Katakan RM25 satu karton, kalau sebulan dah nak dekat RM200. Setahun? Mungkin boleh cecah lebih RM2,000!
Mungkin kita rasa, “Ala, sikit je.” Tapi bila dikira betul-betul, duit tu boleh jadi percutian keluarga, tabung sekolah anak, atau upgrade barang rumah lain.

Pernah tak tengah rushing pagi-pagi, nak buat susu anak atau nak bancuh kopi sendiri, tapi kena tunggu air cerek mendidih? Masa 5 minit tu nampak kecil, tapi dalam dunia sekarang, 5 minit pun boleh jadi beza besar.
Benda kecil macam ni sebenarnya stress bila ulang setiap hari dan dalam tak sedar anda dah buang banyak masa hanya semata nak menunggu air siap dimasak.

Air botol = plastik. Plastik = pencemaran. Walaupun ada yang kitar semula, kebanyakan berakhir di tapak pelupusan atau laut. Kita guna untuk beberapa minit, tapi kesannya pada bumi beratus tahun.

Sekarang ni, hidup kita dah serba moden, ada smart TV, smart phone, smart home. Jadi, kenapa dapur masih stuck dengan cara lama?
Dengan penapis air pintar Viomi, rutin harian jadi lebih mudah:
Air panas ready to go. (Tak perlu tunggu air untuk masak)
Air bersih & ditapis 7 lapisan (lebih selamat untuk seisi keluarga)
Jimat ruang sebab reka bentuk slim dan boleh disimpan bawah sinki je.
Dan yang paling best, boleh monitor terus dari apps. Macam ada “water guardian” dalam rumah.
Perubahan Kecil, Impact Besar
Kadang-kadang kita tak sedar tabiat kecil makan kos besar. Dari duit, masa, sampai ke alam sekitar. Bila ada teknologi yang boleh mudahkan hidup, kenapa masih nak stuck dengan cara lama?
Sebab akhirnya, pilihan kita hari ini tentukan gaya hidup esok. Dan percaya lah, hidup lebih pintar bermula dengan seteguk air yang lebih bijak. So, alang-alang tengah Ulang Tahun Senheng ke-36 ni, boleh lah korang dapatkan penapis air Viomi ni. Suasana dapur boleh nampak lebih elegent, tak serabut, air pun lebih bersih dan terjamin, confirm puas hati!



Comments