top of page
Billy Boey

Ganjaran di Hujung Jari! Ini Kalilah untuk Memaksimumkan Pengalaman Beli-Belah Anda!

Updated: Dec 12, 2024



Kehidupan harian Keen dan Carolin sering dihiasi dengan kasih sayang terhadap kucing kesayangan mereka, Miaw-miaw. Namun, baru-baru ini, Keen dan Carolin mula mengalami gejala selsema yang berpanjangan akibat hama dan bulu kucing yang berterbangan di rumah.


Setelah berbincang, mereka memutuskan untuk membeli pembersih udara bagi memastikan udara di rumah lebih segar dan sihat. Sebagai pelanggan setia Senheng, mereka memilih untuk membeli-belah di Senheng dan menikmati pelbagai ganjaran dan tawaran menarik.



Keen dan Carolin melayari laman web Senheng untuk mencari pembersih udara yang sesuai. Dengan pelbagai pilihan pembayaran yang ditawarkan oleh Senheng, pasangan ini dapat memilih untuk membuat pembayaran secara tunai, kad kredit, ansuran dan banyak lagi. Mereka dapat memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan bajet mereka.


Selain itu, dengan adanya Skim Pembayaran Mampu Milik membolehkan Keen dan Carolin membuat pembayaran secara fleksibel tanpa tekanan kewangan. Keen dan Carolin boleh memilih untuk membuat pembayaran selama 6, 12, 24 bulan atau lebih lagi!



Selepas membuat pesanan secara dalam talian, Keen dan Carolin boleh memilih untuk mengambil pembersih udara yang dipesannya di cawangan Senheng berhampiran atau uruskan pengahantaran mengikut jadual mereka tersendiri. Hanya dengan RM25 sahaja mereka boleh dapatkan penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk pemasangan.  Memang sangat berpatutan.


Memandangkan kedua-duanya mempunyai urusan tersendiri dan tidak ada masa untuk menunggu di rumah, Keen dan Carolin bercadang untuk mengambil sendiri barang yang dipesannya di cawangan berhampiran. Mujur Senheng ada menawarkan "Online-to-offline shopping", dimana mereka boleh membuat pesanan secara atas talian dan mengambilnya di kedai pada bila-bila masa yang mereka mahu. 



Apa yang lebih menarik dan seronok berbelanja di Senheng adalah jaminan tambahannya. Keen dan Carolin tidak lepaskan peluang untuk dapatkan jaminan tambahan 1 tahun untuk produk pembersih udara yang baru dibelinya. Jaminan tambahan sangat diperlukan sekiranya berlaku kerosakan atau masalah teknikal untuk masa akan datang. 


Keen dan Carolin hanya menggunakan aplikasi Senheng sahaja untuk mengetahui status barang yang dibelinya. Aplikasi Senheng bukan sahaja boleh menyemak status barangan yang dibeli, tetapi boleh dapatkan resit pembelian, baucar dan macam-macam lagi semuanya di hujung jari sahaja.



S-Coin Cashback adalah ganjaran yang paling menakjubkan. Dengan setiap pembelian, Keen dan Carolin dapat mengumpul dan membuat penebusan untuk lebih jimat. 


Bukan itu sahaja, mereka juga boleh menukar mata ganjaran PlusOne yang mereka peroleh kepada S-Coin Cashback dan pilih apa-apa sahaja barangan yang mereka inginkan.


Dengan ganjaran hebat dari Senheng ini, Keen dan Carolin berjaya menyelesaikan masalah udara tidak sihat di rumah dengan cara yang mudah dan berbaloi. Anda juga boleh menikmati manfaat yang sama! Kunjungi laman web Senheng atau cawangan berhampiran hari ini dan alami pengalaman membeli-belah yang lebih baik. Inilah “My Rewards, My Choice”, semua ganjaran di tangan anda!

2,263 views0 comments

Comments


bottom of page