top of page

Gaya Hidup Rakyat Merdeka: Gabungan Tradisi dan Teknologi di Kediaman

  • Dina Haziqah
  • 5 days ago
  • 3 min read

Updated: 2 days ago

ree

Bila sebut pasal Hari Merdeka, ramai orang akan terus terbayang perarakan besar di Dataran Merdeka. Semua akan berkumpul untuk tengok perarakan uniform dan confirm suasana sangat sesak. Tapi, tak semua orang tahan untuk bersesak, lagi-lagi bagi golongan berumur macam warga emas atau kanak-kanak. Sebenarnya, kita boleh sambut Merdeka dengan cara yang santai dan selesa tapi tetap ada semangat patriotik walaupun di rumah bersama seisi keluarga.


Nak rasa semangat patriotik tapi tak nak bersesak-sesak di luar? Senang je — naik taraf peralatan rumah dan nikmati hiburan HD, masak juadah tradisi serta raikan kebebasan dalam gaya moden. Jom tengok macam mana teknologi boleh ‘upgrade’ suasana Merdeka anda tahun ni!


ree

Walaupun tak larat untuk turun ke Dataran Merdeka, anda boleh saksikan siaran langsung perbarisan Hari Merdeka dari sofa di ruang tamu dengan lebih santai. Semuanya tetap jelas, HD dan realistik melalui 4K Smart TV! Kualiti gambar yang super jelas dan warna yang hidup macam berada di barisan hadapan Dataran Merdeka.


Lepas tengok siaran langsung perarakan Hari Merdeka, anda boleh terus sambung layan filem-filem klasik Melayu lakonan seniman kita, P.Ramlee macam Bujang Lapok atau Ali Baba Bujang Lapok. Kenangan yang penuh nostalgia macam zaman dulu-dulu boleh dikongsi bersama ahli keluarga di rumah. Anak-anak pun boleh kenal karya seni tanah air sambil ‘enjoy’ teknologi baru yang lebih gempak macam 4K Smart TV.


ree

Sambut Hari Merdeka di rumah semestinya makanan tu wajib ada. Tapi, nak jadikan sambutan lebih bermakna, juadah tradisional macam nasi lemak ‘homemade’ mesti lagi best. Nak masak juadah tradisional tak semestinya kena lama dan berpanas di dapur sepanjang hari. Memasak akan jadi lebih mudah dengan adanya multi cooker di dapur anda!


Anda hanya perlu set timer, pilih mode masakan dan biar dia masak sendiri di dapur. Tak perlu berdiri lama untuk jaga api, hanya tunggu sampai masakan anda selesai. Sambil memasak, anda boleh layan siaran Merdeka di ruang tamu dengan ahli keluarga lain. Teknologi dapur sekarang memang ‘power’ tapi masih boleh kekalkan juadah tradisi anda.


ree

Nak sambut Merdeka lebih meriah? Anda boleh buat sesi makan-makan dengan steamboat & grill pot bersama semua ahli keluarga. Tak perlu hadap traffic yang sesak nak pergi makan luar atau berbaris panjang untuk makan steamboat, buat sahaja di rumah anda.


Anda boleh hidangkan bahan-bahan yang lebih segar seperti daging perap, seafood, bebola dan sayur ikut pilihan dan cita rasa anda. Sos untuk cicah pun anda boleh buat sendiri ikut cita rasa tekak masing-masing dan pastinya lebih sihat. Semua ahli keluarga boleh masak sendiri ikut suka hati atau berkongsi sesama keluarga.


Suasana pasti lebih meriah, interaktif dan seronok macam open house Hari Raya tapi versi Hari Merdeka! Bukan sahaja kenyang, tapi aktiviti ini boleh eratkan bonding bila makan sambil masak sama-sama.


ree

TV dah best, gambar pun cantik dan jelas. Tapi kalau bunyi macam dengar tak dengar atau flat je, memang kurang feel lah. Solusinya? Tambah sahaja soundbar bass yang mantap untuk tingkatkan pengalaman tontonan yang lebih gempak.


Bila tengok perarakan atau filem klasik, dialog, muzik dan sound effect akan jadi lebih jelas dan hidup. Nak pasang lagu-lagu patriotik macam “Tanggal 31” atau “Saya Anak Malaysia” pun akan rasa lebih meremang dan menyentuh jiwa.


Gabungan smart TV dan sounbar bass akan buat ruang tamu jadi macam mini wayang. Nak karaoke lepas tu pun akan jadi lagi happening!


Merdeka Cara Kita, Lebih Berbaloi Sebagai Ahli PlusOne


Sebenarnya, tak semestinya perlu keluar rumah untuk sambut Hari Merdeka. Kadang-kadang, yang paling bermakna ialah masa berkualiti dengan keluarga sambil layan hiburan, masak sama-sama, dan nikmati tradisi bersama teknologi yang mudahkan hidup di kediaman anda.


Sambutan Hari Merdeka bukan sekadar pasal hiburan atau makanan. Ia juga masa terbaik untuk naik taraf peralatan rumah dengan bijak sebagai ahli PlusOne. Sebagai ahli PlusOne, anda boleh nikmati :


✅ Jaminan Tambahan 1 Tahun

✅ Pembayaran ansuran 0% hingga 60 bulan

✅ Ganjaran S-Coin untuk pembelian seterusnya


Naik taraf kediaman anda dengan teknologi terkini dan semangat tradisi hanya di Senheng sebagai ahli PlusOne dengan pelbagai tawaran serta ganjaran menarik!

Comments


bottom of page