top of page

Jangan Travel Tanpa Ini! 5 Gadget Penting Untuk Percutian Anda.

  • Amiera Hanis
  • Nov 11
  • 1 min read
ree


Cuti sekolah dah nak dekat, mak ayah pun mesti nak clearkan leave dah hujung hujung tahun ni kan? Sambil-sambil tu mesti dah ada perancangan untuk bawa family bercuti, tapi dah ready ke semua barang nak bawa? Kadang-kadang bila terlalu excited nak travel, kita lupa benda kecil, tapi sebenarnya itulah penyelamat mood percutian!  


Jadi sebelum masukkan baju dalam beg, jom semak senarai 5 gadget wajib bawa masa travel ni. Confirm cuti korang lagi smooth, senang, dan penuh kenangan indah!

 

Powerbank Berkapasiti Tinggi 


Bayangkan tengah ambil gambar cantik dekat pantai, tiba tiba telefon habis bateri. Jangan bagi benda tu rosakkan mood! Bawa powerbank sekurang kurangnya 10,000mAh, lagi bagus kalau ada fast charging, boleh cas dua device sekali gus. Powerbank ni antara benda yang penting juga tau untuk bawa travel, kalau phone habis battery nak buat urusan lain pun jadi susah. 


Wireless Earbuds 


Sama ada nak layan lagu masa naik flight, atau nak chill tepi kolam,  earbuds tanpa wayar ni memang sangat function. Pilih yang ada noise cancelling, supaya korang boleh betul-betul enjoy vibe percutian tanpa gangguan. 


Smartphone dengan Kamera Power 


Percutian tanpa gambar ibarat nasi lemak tanpa sambal! Kalau korang suka gambar yang tajam dan cinematic, korang boleh guna smartphone yang ada AI photography features. Contoh macam OPPO Find X9 Series ,Google Pixel Series,  Samsung Galaxy, iPhone dan banyak lagi smartphone yang ada fungsi terbaik untuk kamera. Cari je dekat Senheng, semua ada.  


Universal Travel Adapter 


Percaya tak, ramai lupa bawa benda ni! Especially yang baru first time travel ke luar negara. Setiap negara guna jenis plug berbeza, jadi universal adapter ni sangat penting. 


Sekali beli, boleh guna untuk semua trip akan datang. Mudah, kecil, tapi sangat diperlukan!  


Portable Speaker 


Kalau korang pergi bercuti dengan kawan-kawan atau family, portable speaker boleh hidupkan vibes percutian korang! Lagi-lagi yang jenis suka dengar lagu tu, sampaikan makan nak ada lagu, bersukan nak kena ada lagu, tidur pun kena pasang lagu. So, portable speaker ni sangat-sangat onz dan mudah untuk korang bawa kemana-mana. 


Percutian yang best bukan sekadar tempat yang cantik, tapi pengalaman yang sempurna! Dengan adanya barang yang complete macam ni, korang boleh nikmati setiap detik tanpa stress. 


Mana nak cari semua barang ni? Korang singgah je mana-mana cawangan Senheng terdekat, semua yang korang perlu untuk travel semua ada. Siap boleh dapat S-Coin Cashback lagi tau. Dijamin berbaloi baloi. Klik sini untuk tahu info lanjut berkenaan S-Coin!



bottom of page