Kekal Ramping Lepas Raya: 3 Cadangan Gajet Bantu Anda Dapatkan Berat Badan Ideal
- Amiera Hanis
- Apr 10
- 2 min read
Updated: Apr 16

Lepas sebulan berpuasa, kita raikan kemenangan dengan menjamu juadah yang lazat seperti lemang, rendang, kuih-muih dan air manis... Memang tak boleh nak tolak! Tapi lepas beberapa hari ‘cheat day’ yang panjang, ramai antara kita mula rasa berat badan mula “naik” sama macam selera. Tapi tak apa, teknologi zaman sekarang boleh bantu anda kembali on track tanpa perlu ke gym atau cari personal trainer.
Bagi memulakan semula rutin sihat anda. Berikut adalah beberapa gajet yang boleh bantu anda kembali ramping lepas raya:

Jam tangan pintar ni bukan sekadar untuk tengok masa sahaja, jam tangan masa kini juga boleh kira langkah harian, kadar denyutan jantung, pemantauan tidur dan kalori badan anda. Lagi-lagi bila anda baru je lepas makan juadah raya, jadi bolehlah tengok berapa banyak langkah yang anda perlukan untuk ‘burn’ balik lemak yang ada.

Penimbang moden masa kini tak sama macam penimbang zaman mak-mak kita dulu. Penimbang pintar zaman sekarang boleh ukur lebih dari sekadar berat. Ada yang siap boleh kira lemak dalam badan, kadar air dan BMI. Apa yang lagi menarik tentang penimbang pintar ini adalah ia boleh sync terus ke telefon untuk anda track progress anda dari hari ke hari.

Ada sesetengah orang sangat suka buat sesuatu aktiviti sambil dengar muzik. Muzik boleh beri dan naikkan semangat anda semasa bersenam. Cari lah earbud yang selesa dan kalis peluh, sesuai untuk brisk walk atau jogging lepas Subuh.

Telefon pintar anda adalah alat paling penting! Dengan telefon pintar yang pelbagai pilihan dan warna, anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi kecergasan di App store atau Google Play Store. Anda boleh muat turun aplikasi tersebut secara percuma je! Jadi, secara kesimpulannya, raya memang masa untuk kita menikmati makanan yang lazat dan masa kita untuk bersama keluarga. Tapi sekarang dah tiba masanya untuk kita seimbangkan balik dengan amalkan gaya hidup sihat. Dengan bantuan gajet yang betul, anda bukan saja boleh kembali cergas tetapi boleh kembali lebih bersemangat dan bertenaga untuk bulan-bulan mendatang!
Comments