Kenapa ‘Good Hair Day’ Boleh Ubah Mood Satu Hari?
- Dina Haziqah
- Oct 10
- 2 min read
Updated: Oct 21

Pernah tak bangun pagi, tengok cermin, rambut terus on point? Wah, kalau benda ni jadi rasa macam hari tu confirm akan jadi smooth je. Nak pergi kerja pun langkah lebih ringan, semangat lain macam. Itulah yang orang selalu panggil “good hair day”. Benda kecil je sebenarnya, tapi kesan dia besar gila untuk mood seharian.
Rambut Kemas Auto Boost Confident
Bila rambut kemas, kita mesti automatik rasa lebih bersedia nak hadap dunia hari tu. Meeting kat office pun rasa yakin nak present dekat bos atau client. Lepas tu kalau lunch dengan officemate, tak perlu risau rambut serabut dalam gambar group. Kalau keluar dengan kawan pun jadi tak segan. Malah nak ambil gambar candid pun tak insecure langsung sebab rambut lawa je. Pendek kata, rambut kemas boleh boost confident dari pagi sampai balik kerja.
Bila Rambut Tak Menjadi…
Sebaliknya, bila rambut tak menjadi macam statik, leper atau kembang semacam, confirm mood seharian tu mesti out! Pergi kerja boleh terus spoil. Baru nak keluar rumah, dah rasa tak selesa. Sepanjang hari dekat office, kita jadi extra conscious dengan rupa sendiri. Walaupun orang lain mungkin tak perasan, kita sendiri rasa kurang confident nak perform. Kalau weekend pula masa hangout dengan kawan-kawan rasa diri selekeh sebab rambut tak jadi. Nak ambil gambar group untuk update kat Instagram pun rasa tak best.
Rahsia Dapatkan Good Hair Day Konsisten
Berita baiknya, good hair day bukan nasib semata-mata. Nak dapatkan tu taklah susah sangat. Semua bergantung pada cara kita jaga rambut dan tools yang kita guna sebelum ke tempat kerja. Rambut tak perlukan 10 produk mahal pun, cukup dengan rutin yang simple dan tools yang betul, rambut boleh nampak sihat, kemas dan senang diurus setiap hari especially waktu pagi yang selalu kelam-kabut.
Laifen Hair Dryer : BFF Rambut Anda!
Di sinilah Laifen Hair Dryer jadi penyelamat! Dengan teknologi airflow sekata dan suhu terkawal, rambut cepat kering walaupun pagi selalu rushing nak pergi kerja. Bukan cepat kering je, rambut pun tak mudah rosak. Styling jadi lagi mudah! Nak straight nampak kemas untuk meeting atau nak ada volume untuk tampak segar sepanjang hari, semuanya boleh. Senang cerita, Laifen bantu buat good hair day tu jadi lebih konsisten, tak perlu tunggu nasib baik je.
Mood Baik, Hidup Pun Lebih Happy
Kalau anda percaya “good hair day = good mood”, memang dah sampai masa untuk upgrade cara keringkan rambut. Bila rambut kemas dari pagi, kita akan rasa lebih produktif, mood pun steady sampai ke petang. Dengan Laifen Hair Dryer, rambut boleh kekal kemas dari pagi sampai balik kerja. Lagi best, anda boleh dapatkan Laifen di Senheng! Sambil shopping, boleh kumpul S-Coin untuk penjimatan yang lebih berbaloi. Rambut on point, mood jadi steady, dompet pun happy! 😉







Comments