Memandangkan musim persekolahan semakin dekat, dah tiba masanya untuk anda bersiap sedia dengan kelengkapan dan keperluan teknologi terkini bagi menyokong dan memudahkan perjalanan akademik anda mahupun anak anda.
Memang tidak dinafikan, keperluan peralatan elektronik atau gadget digital pada masa kini sangat penting untuk para pelajar. Namun, pemilihan peralatan elektronik dan gadget digital yang tepat tidak hanya terletak pada kualitinya sahaja, tetapi juga tentang nilai yang diperoleh dari setiap pembelian.
Memandangkan ekonomi sekarang tidaklah mudah, oleh sebab itu, dengan memiliki penawaran terbaik dan manfaat tambahan menjadi sangat penting untuk para pembeli. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk menyediakan keperluan sekolah anda mahupun anak anda dengan penjimatan dan tawaran yang berbaloi?
Beli Semasa Ada Promosi
Pertama sekali, cara terbaik untuk anda berjimat dalam perbelanjaan sekolah adalah dengan membeli barangan tersebut semasa promosi. Kebanyakan kedai-kedai akan mengadakan promosi apabila menjelang musim persekolahan. Manfaatkan promosi yang ada untuk membuat pembelian sambil berjimat cermat dengan lebih baik.
Beli di Kedai yang Menawarkan Pulangan Tunai
Ramai di antara kita yang tidak nampak kelebihan jika membeli dan mendapatkan pulangan tunai untuk setiap pembelian yang dibuat. Memilih kedai yang ada menawarkan pulangan tunai sebenarnya adalah salah satu cara yang bijak untuk anda terokai. Dengan pulangan tunai yang disediakan, anda dapat membeli, mengumpul, menebus dan berjimat dengan lebih banyak untuk pembelian seterusnya.
Pastikan Anda Dapat Jaminan untuk Barang yang Dibeli
Memilih peralatan elektronik atau gadget digital ini tidak sama dengan anda memilih barangan dapur ataupun pakaian harian. Hal ini kerana, harga barangan elektronik dan gajet digital ini jauh lebih tinggi dan memerlukan anda menggunakannya untuk jangka masa yang panjang. Periksa terlebih dahulu adakah anda boleh dapat jaminan tersebut sekiranya barangan elektronik atau gadget digital yang anda beli mengalami kerosakan di kemudian hari.
Oleh sebab itu, memilih kedai elektronik atau gadget digital yang boleh menawarkan jaminan untuk barangan yang anda beli seperti Senheng Electrical SDN. BHD adalah sangat penting.
Di Senheng anda bukan sahaja boleh menikmati jaminan 1 tahun malah anda boleh dapatkan EKSTRA jaminan tambahan, S-Coin Cashback, Jaminan Penggantian 1-1 dan banyak lagi dengan hanya menjadi ahli PlusOne kami.
Banyak lagi faedah dan tawaran hebat lain yang boleh anda dapatkan jika anda memilih Senheng sebagai destinasi pusat membeli-belah barangan elektrik dan gajet digital anda. Jadi dah bersedia ke untuk memulakan persekolahan 2024 anda? Jom cari keperluan teknologi untuk persekolahan anda dengan lebih berbaloi di senheng.com.my!
Comments