top of page
Amiera Hanis

Nak Ubah Gaya Penampilan? Ini Dia 4 Cadangan Peralatan & Gajet untuk Anda Tampil Lebih Moden!

Updated: Jul 11



Dalam era teknologi yang semakin pesat berkembang ini, memiliki peralatan dan gajet moden bukan sahaja memudahkan kehidupan seharian kita, tetapi juga memberikan gaya hidup yang lebih canggih dan terkini. Setiap orang pasti bercita-cita untuk mengubah atau menaik taraf gaya hidup mereka ke arah yang lebih baik dan moden, kan? So, jom kita tengok antara 4 cadangan peralatan dan gajet yang boleh korang follow.


Masa untuk Berhibur



Antara salah satu sudut yang boleh korang ubah ke arah yang lebih moden adalah peralatan elektrik rumah seperti TV. Setiap rumah pasti akan ada sekurang-kurangnya sebuah TV kan? Tetapi apa yang membezakan gaya hidup korang ini yang moden atau tradisional adalah berdasarkan pemilihan jenis TV yang dibuat. Untuk meningkatkan suasana rumah dengan teknologi terkini, TV Samsung Neo QLED 8K & 4K adalah pilihan yang tepat. Dengan resolusi yang luar biasa dan warna yang lebih tajam, TV ini dapat memberikan pengalaman menonton yang luar biasa. Selain itu, teknologi Quantum Mini LED yang digunakan dalam TV ini memastikan kontra yang lebih baik dan kawalan cahaya yang lebih tepat. 

Jadi bolehlah hujung-hujung minggu layan movie dengan keluarga atau kawan-kawan. Kalau ada tetamu datang rumah pun diorang dapat enjoy menonton TV dengan kualiti yang terbaik. 


Berhubung dengan Lebih Sempurna



Selain TV, telefon pintar juga adalah salah satu benda yang perlu korang tukar dan naik taraf seiring dengan peredaran semasa. Korang boleh tukar telefon lama korang tu kepada Samsung Galaxy S23 Ultra 5G. Telefon pintar ini adalah salah satu alat yang wajib korang miliki kerana ia dilengkapi dengan kamera utama 108MP yang membolehkan korang mengambil gambar dan video dengan kualiti profesional.

Dengan sokongan rangkaian 5G, korang dapat menikmati kelajuan internet yang luar biasa untuk penstriman, muat turun, dan permainan tanpa gangguan. Baterinya pun tahan lebih lama dan dapat mengecas dengan lebih pantas. Korang pasti akan berpuas hati dengan ciri yang ada pada Samsung Galaxy S23 Ultra 5G ini.


Kekal Bersih Setiap Masa 



Cadangan seterusnya ialah mesin basuh. Mesin basuh merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di setiap rumah dan untuk kegunaan harian kita. Sampai bila nak gunakan cara yang lama untuk membasuh pakaian? Inilah masanya untuk korang basuh dan jaga kebersihan pakaian dengan lebih mudah dan moden dengan pengering dan pencuci muatan depan yang dilengkapi dengan teknologi AI. Teknologi pintar AI ini dikatakan mudah kerana ia dapat mengenali jenis kain dan beban cucian serta menjaga pakaian agar tahan lebih lama. 

Mesin cuci ini juga dilengkapi dengan Wi-Fi yang membolehkan korang kawal dan pantau cucian hanya melalui aplikasi mudah alih je. Memang sangat sesuai dengan gaya hidup sekarang yang serba pantas dan canggih. 


Terokai Dengan Lebih Meluas



Haa, untuk yang last ni sangat rare dan sesuai untuk pecinta fotografi dan videografi iaitu Drone DJI Mini 2 SE. Kalau cakap pasal drone tak semua orang memiliki drone ni tau. Kalau korang ada satu drone ni mesti ramai yang akan teruja. Drone ini menawarkan kualiti gambar 12MP dan rakaman video 4K yang dapat memastikan setiap detik penting dirakam dengan jelas dan terperinci. 

Dengan berat yang kurang daripada 249 gram, drone ini mudah dibawa ke mana-mana dan sangat menyeronokkan. Fungsi QuickShots yang dihasilkan membolehkan korang merakam video sinematik dengan hanya beberapa sentuhan je. Confirm korang akan berpuas hati.


Lebih Cepat, Mudah dan Pantas dengan Ansuran Mudah AEON Credit!



Penuhi impian anda hari ini secara lebih pantas dengan Ansuran Mudah AEON Credit. Jangan lepaskan peluang anda untuk buat pembayaran dengan AEON Credit dan nikmati:

✅ Ansuran Bulanan Rendah

✅ Tempoh Pinjaman Fleksibel

✅ Tanpa Kad Kredit

Kini semua orang mampu ubah penampilan dan gaya hidup mereka dengan sekelip mata. Klik https://discover.senheng.com.my/aeon-credit-service untuk info lanjut mengenai Ansuran Mudah AEON Credit.


148 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page