top of page

Rahsia Guna S-Coin Macam Pro: Tips Untuk Jimat & Nikmati Lebih Ganjaran!

  • Amiera Hanis
  • 1 day ago
  • 1 min read


Kalau anda pelanggan setia Senheng, S-Coin bukan lagi istilah asing. Tapi… adakah anda betul-betul manfaatkan S-Coin sepenuhnya? Atau masih tertanya-tanya cara nak semak baki, kumpul, dan tebus ganjaran?


Dalam blog kali ni, kami bongkarkan cara guna S-Coin macam PRO —supaya setiap sen pembelian anda bawa pulangan berganda! 


🔍 Apa Itu S-Coin? 

S-Coin ialah mata ganjaran digital eksklusif untuk ahli Senheng PlusOne. Bila anda berbelanja di Senheng, anda akan menerima S-Coin — dan mata ganjaran ini boleh ditebus untuk diskaun pada pembelian seterusnya! 

100 S-Coin = RM1!  Mudah kan? 




Berikut beberapa cara pantas dan mudah untuk kumpul S-Coin: 


1️⃣ Belanja di Senheng (Online & Offline) 

Setiap pembelian yang layak akan beri anda S-Coin. Lagi banyak belanja, lagi banyak S-Coin anda dapat! Tapi… pastikan anda log masuk akaun PlusOne dulu ya. 


 Promosi Istimewa & S-Coin Cashback 

Seheng selalu je buat promosi, time ni la korang perlu ambil peluang untuk dapatkan S-Coin berganda. Korang kena sentiasa follow media sosial Senheng dan aktifkan notifikasi app!

 

3️⃣ Daftar Jadi Ahli PlusOne 

Kalau belum jadi ahli, anda rugi besar! Daftar sekarang untuk mula kumpul S-Coin.  👉 Klik di sini untuk daftar  




Nak tahu berapa banyak S-Coin dah terkumpul? Senang saja! Semak baki S-Coin anda hanya menggunakan aplikasi Senheng: 


  1. Buka aplikasi Senheng Anda. 

  2. Log masuk ke akaun PlusOne anda. 

  3. Tekan ikon profil – baki S-Coin anda akan dipaparkan di situ! 


Mudah kan? Sekarang semuanya di hujung jari sahaja. Tak perlu pun nak ke outlet samata-mata nak check baki S-Coin 


Tips: Semak juga history transaksi untuk tahu dari mana S-Coin anda datang dan bila ia akan tamat tempoh. 




S-Coin boleh ditebus untuk jimat semasa membuat pembelian. Ikut langkah mudah ini: 


🛒 Online Store (Aplikasi Senheng) 

  1. Buka aplikasi Senheng Anda 

  2. Pastikan jumlah S-Coin yang anda miliki 

  3. Pergi ke bahagian “Redeem” dan pilih mana-mana barang yang anda mahukan dari S-Coin Reward Centre. 


🏬 Di Kedai Fizikal Senheng 

  1. Pilih barang yang mempunyai label S-Coin mengikut jumlah S-Coin yang anda miliki atau pergi ke kaunter S-Coin Reward Centre untuk tebus 

  2. Beritahu juru jual yang anda nak guna S-Coin. 

  3. Tunjukkan kod keahlian (dalam app). 

  4. Selesai! 


Pastikan S-Coin anda masih aktif — Jangan lupa! S-Coin ada tarikh luput tau! 




💡 1. Rancang Pembelian Besar  Nak beli TV, mesin basuh, atau telefon baru? Simpan S-Coin anda dan guna untuk pembelian besar supaya lebih jimat! 


💡 2. Guna Semasa Promosi  Combine S-Coin dengan promosi diskaun — dua kali ganda penjimatan! 


💡 3. Pantau Tarikh Luput  Jangan biar S-Coin hangus! Selalu semak baki dan tarikh luput dalam app. 



Jangan Sia-siakan S-Coin Anda Macam Tu Je! 

Ramai pelanggan lupa mereka ada S-Coin — sayang kan kalau tak guna? Dengan panduan ini, anda kini lebih bersedia untuk shopping dengan bijak. Setiap pembelian kini ada pulangan. Kumpul, semak dan tebus! Memang sangat memudahkan dan yang penting berbaloi! 

 

Comments


bottom of page