top of page

Rahsia Jadi Tuan Rumah Hebat Tanpa Stress

  • Dina Haziqah
  • Sep 19
  • 2 min read

Updated: Oct 21

ree

Ramai orang seronok bila dijemput menghadiri parti atau majlis makan-makan di rumah. Tapi bila tiba giliran kita sendiri jadi tuan rumah, mulalah rasa berdebar. Fikirkan saja, nak masak apa, macam mana nak kemas rumah, nak layan tetamu macam mana. Semua boleh buat kita rasa stress sebelum majlis mula.


Hakikatnya, jadi tuan rumah tak semestinya memenatkan. Kalau ada perancangan yang bijak dan bantuan teknologi moden, anda boleh jadi “host” yang nampak pro walaupun majlis kecil-kecilan. Yang penting, anda menikmati suasana sama seperti tetamu anda. Jom kita kongsi rahsia mudah untuk jadi tuan rumah hebat tanpa stress!



Pilih Menu Ringkas Tapi Wow

ree

Salah satu perkara yang paling memakan masa yang lama bila adakan majlis adalah bab makanan. Ramai yang rasa perlu masak banyak jenis lauk, padahal sebenarnya "less is more".


Cuba pilih menu yang ringkas tetapi mampu memikat selera, contohnya:

  • Buffet mini – nasi goreng, ayam goreng, salad dan satu pencuci mulut.

  • BBQ – daging, ayam, sosej, sayur panggang dan sos homemade.

  • Potluck – minta tetamu bawa satu hidangan jadi beban tuan rumah lebih ringan.


Anda sebenarnya boleh gunakan resipi yang mudah untuk dimasak menggunakan peralatan moden. Contohnya, ayam panggang lebih cepat dimasak dengan air fryer atau sup boleh siap dalam masa singkat menggunakan pressure cooker. Hasilnya tetap sedap, tapi masa memasak jadi lebih singkat.



Susun Atur Ruang Tamu Supaya Mesra Tetamu

Majlis di rumah tak perlu nampak mewah, cukup sekadar selesa dan mesra. Tetamu biasanya lebih seronok bila ruang terasa “welcome” dan mudah untuk berinteraksi.


Beberapa trik mudah seperti :

  • Alihkan perabot untuk wujudkan ruang luas. Sofa boleh ditolak ke tepi, meja kopi boleh dialihkan.

  • Sediakan tempat duduk tambahan seperti bangku lipat atau kusyen lantai.

  • Gunakan pencahayaan lembut macam lampu meja, lilin atau lampu hiasan LED boleh menjadikan suasana lebih santai.

  • Jangan lupa muzik latar yang sesuai dengan mood majlis. Contohnya jazz lembut untuk makan malam atau lagu pop santai untuk BBQ.


Dengan ruang yang mesra, tetamu rasa lebih selesa untuk berbual, makan, dan bergambar bersama.



Guna Perkakas Elektrik Moden untuk Mudahkan Hidup

ree

Zaman sekarang, tuan rumah ada banyak “pembantu” di dapur. Peralatan elektrik moden bukan saja menjimatkan masa, tapi juga menjadikan kerja memasak lebih konsisten dan kemas.


Antara “sahabat baik” tuan rumah yang patut ada:

  • Air fryer : Untuk gorengan lebih cepat, kurang minyak, dan mudah dibersihkan.

  • Pressure cooker/multicooker : Sediakan rendang, sup atau nasi briyani dalam masa singkat.

  • Coffee machine : Untuk sajikan kopi segar kepada tetamu, nampak lebih classy.

  • Blender berkuasa tinggi : Untuk jus buah segar atau smoothie.


Peralatan moden ni memang membantu supaya anda tak perlu terperangkap di dapur sepanjang majlis. Anda boleh luangkan lebih banyak masa bersama tetamu.



Nikmati Majlis Anda

Mengadakan parti atau majlis makan-makan di rumah tak perlu jadi sesuatu yang memenatkan. Dengan menu ringkas tapi sedap, ruang tamu yang mesra dan bantuan perkakas elektrik moden, anda boleh jadi tuan rumah yang hebat tanpa stress. Hosting memang boleh jadi mudah. Dengan sedikit kreativiti dan bantuan teknologi, majlis kecil anda boleh jadi memori besar yang tak dilupakan.


👉 Ready untuk jadi host hebat? Mulakan dengan peralatan elektrik moden dari Senheng hari ini! Mudah saja. Berbelanja terus secara online di laman web atau aplikasi Senheng dan nikmati pengalaman shopping lebih pantas, mudah serta penuh ganjaran.


Klik sini untuk info lanjut!


 
 
 

Comments


bottom of page