Pernah tak anda mengimpikan sesuatu sampai terbawa dalam mimpi? Setiap orang mempunyai impian dalam hidup mereka dan begitu juga anda. Mungkin anda pernah mengimpikan sebuah rumah yang dilengkapi dengan barangan elektrik yang berjenama dan lengkap, tidak kira di ruang tamu, bilik tidur mahupun di dapur. Persoalannya, mampukah anda membeli semua kelengkapan tersebut sekali gus? Dengan Program Senang Milik dari Senheng, tak ada yang mustahil untuk anda dapatkan!
Program Senang Milik merupakan usaha untuk membantu pelanggan memiliki barangan idaman mereka dengan kaedah pembayaran yang mudah dan berpatutan. Program ini disediakan khusus bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati barangan berkualiti tinggi tanpa beban pembayaran yang besar. Melalui program ini, Senheng memastikan pelanggan dapat membuat pembelian dengan lebih fleksibel mengikut kemampuan tanpa tekanan kewangan yang keterlaluan.
Pembayaran fleksibel merujuk kepada kemudahan yang diberikan kepada pelanggan untuk membayar harga barangan dalam bentuk ansuran yang mudah dan tidak membebankan. Dalam konteks Program Senang Milik ini, pelanggan dapat memilih untuk membayar secara ansuran dalam tempoh 36 bulan tanpa faedah. Dengan cara ini, pelanggan dapat menikmati lebih banyak pilihan dalam menguruskan bajet mereka sambil memiliki barangan yang mereka inginkan.
1. Membeli Tanpa Beban Kewangan Besar
Program Senang Milik membolehkan pelanggan menikmati barangan impian mereka tanpa perlu membayar sekaligus. Dengan kaedah ini, pelanggan boleh elak dari beban kewangan yang tinggi dan dapat menikmati barang keperluan mereka lebih awal.
2. Pilihan Ansuran Yang Fleksibel
Program Senang Milik menyediakan ansuran yang fleksibel iaitu dari tempoh 12 bulan hingga 36 bulan bergantung pada produk yang dipilih. Ini membolehkan pelanggan memilih tempoh pembayaran yang sesuai dengan kemampuan mereka dan menjadikannya lebih mudah untuk menyusun bajet bulanan.
3. Tanpa Faedah untuk Pembelian Terpilih
Salah satu kelebihan utama Program Senang Milik ini ialah tawaran ansuran tanpa faedah untuk barangan terpilih. Ini bermakna pelanggan hanya perlu membayar harga barangan tanpa sebarang kos tambahan, menjadikan pembelian lebih berbaloi.
4. Kelayakan Mudah dan Permohonan Lancar
Pelanggan hanya perlu menyediakan dua dokumen sahaja iaitu kad pengenalan dan slip gaji sebulan. Senheng memastikan pelanggan dapat memohon dengan mudah dan menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan.
Melalui Program Senang Milik, Senheng menawarkan pelbagai kategori produk termasuk telefon pintar, mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi. Dengan adanya pelbagai pilihan barangan, pelanggan dapat mencari produk yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka.
Bagaimana Cara Memohon untuk Senang Milik?
Untuk memohon pembelian melalui Program Senang Milik, pelanggan boleh mengikuti beberapa langkah mudah:
1. Hubungi +60 11-1088 0000 melalui “WhatsApp" dan seorang khidmat pelanggan akan membantu anda.
2. Bagi butiran peribadi seperti 1 bulan penyata bank, slip gaji 3 bulan, nama, emel, nombor telefon dan kad pengenalan untuk diserahkan kepada pihak berkenaan untuk kelulusan pinjaman.
3. Sekiranya diluluskan, pelanggan akan dimaklumkan cawangan mana yang perlu mereka tuju untuk mengambil barang yang telah di pesan dan menandatangani perjanjian serta membuat pembayaran yuran pemprosesan + yuran setem.
Jadikan Impian Anda Kenyataan dengan Senang Milik
Program Ansuran Senang Milik ini membuka peluang kepada pelanggan untuk memiliki barangan yang diinginkan dengan mudah dan tanpa tekanan kewangan yang besar. Dengan pelbagai pilihan tempoh ansuran, tawaran tanpa faedah, dan proses permohonan yang mudah, Senheng sentiasa memastikan pelanggan dapat menikmati barangan idaman mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai Program Senang Milik dan jadikan impian anda satu kenyataan hari ini! Tekan butang “Mohon Sekarang”.
Commentaires