
Memang tak dapat dinafikan, zaman sekarang sangat mencabar dan
menguruskan kewangan bukanlah perkara yang mudah. Sama ada untuk membayar bil, menabung atau untuk memanfaatkan setiap ringgit. Semua orang dapat merasai tekanannya. Di Senheng, kami sangat memahami situasi ini, sebab itulah misi kami bukan sekadar menjual barang, tetapi memberikan pengalaman membeli-belah yang boleh membantu memudahkan hidup anda.
Berikut adalah caranya:

Pernah rasa macam tak dapat pulangan yang cukup setiap kali berbelanja? Di sinilah S-Coin memainkan peranannya. Anggap saja ia sebagai ganjaran kecil untuk perkara yang anda memang sudah lakukan—berbelanja! Setiap kali anda membeli di Senheng, anda akan memperoleh S-Coin. Ganjaran ini boleh digunakan untuk mengurangkan harga pembelian seterusnya atau ditebus untuk produk lain.
Bayangkan anda sudah lama mengimpikan sepasang fon telinga baharu atau air fryer yang canggih. Dengan S-Coin, pembelian tersebut menjadi lebih murah, jimat dan anda dapat apa yang anda mahu!

Kami faham perasaannya apabila barangan seperti peti sejuk atau mesin basuh menjadi keperluan harian setiap isi rumah. Tetapi, tidak semua orang mempunyai wang tunai yang sedia untuk dibelanjakan. Sebab itulah kami wujudkan Pelan Pembayaran Mudah 0%.
Dengan adanya Pelan Pembayaran Mudah, anda boleh dapatkan barang yang anda perlukan secara serta merta. Anda boleh membuat pembayaran secara ansuran kecil yang mampu ditanggung tanpa sebarang faedah. Ya, betul. Tanpa caj tersembunyi atau syarat kecil yang menyusahkan. Sama ada komputer riba untuk kelas dalam talian anak atau Vakum untuk membersihkan bilik yang bersepah, kami di sini sedia membantu anda memilikinya tanpa over bajet.

Di Senheng, kami bukan hanya menjual gajet dan peralatan terkini. Kami mahu membantu anda mendapatkan apa yang diperlukan sambil menjimatkan wang. Kerana kami percaya bahawa kualiti hidup tidak semestinya datang dengan harga barangan yang tinggi.
S-Coin membolehkan anda berbelanja dengan lebih bijak untuk mengurangkan beban kewangan. Segala usaha kami adalah untuk memudahkan hidup anda.
Jadi, bila anda memerlukan sesuatu yang penting atau mungkin sedikit ganjaran untuk diri sendiri, anda tahu ke mana anda harus tuju. Belanja dengan bijak, dapatkan penjimatan besar dengan S-Coin dan biarkan Senheng membantu anda menjalani hidup yang lebih baik tanpa tekanan.

Lihat tawaran terkini kami secara dalam talian atau kunjungi cawangan Senheng terdekat untuk mengetahui bagaimana kami boleh menjadikan pengalaman membeli-belah anda mudah, bebas tekanan dan berpatutan. Jom sama-sama mendefinisikan semula cara berbelanja pintar.
Comentarios