Stop Buang Bateri Sembarangan! Ketahui Bahaya Tersembunyi Dalam Bateri.
- Amiera Hanis
- Jul 18
- 2 min read

Pernah tak korang beli alat kawalan jauh, jam dinding, mainan anak, atau earbuds, guna...guna...guna... dan bila bateri dah kong, kita pun campak je dalam tong sampah?
Nampak remeh je, kan? Tapi sebenarnya bateri yang kita buang sembarangan tu boleh jadi ‘bom jangka’ untuk alam sekitar dan kesihatan kita.
So jom kita kenal dulu, apa sebenarnya yang ada dalam bateri, dan kenapa penting sangat nak uruskan dengan betul.
Apa yang Terkandung Dalam Bateri?

Tak kisahlah bateri AA, AAA, atau bateri telefon sekalipun, semuanya mengandungi logam berat dan bahan kimia berbahaya seperti:
Merkuri (mercury)
Kadmium (cadmium)
Plumbum (lead)
Lithium
Bahan-bahan ni memang power untuk simpan tenaga, tapi beracun jika bocor ke tanah, air atau udara. Kalau kita buang sembarangan, lama-lama akan mencemarkan alam sekitar termasuk air yang kita minum dan udara yang kita sedut.
Apa Jadi Kalau Kita Buang Bateri Merata-Rata?

Kesan jangka panjangnya memang merisaukan. Contohnya:
Pencemaran tanah & air – logam berat ni tak larut dan akan kekal lama dalam tanah.
Menyebabkan kebakaran – bateri lithium boleh meletup kalau terdedah kepada suhu tinggi.
Kesan kepada kesihatan – bahan toksik dari bateri boleh mengganggu sistem saraf & organ penting.
Senang cerita, satu bateri yang dibuang salah pun boleh jadi masalah besar kalau berjuta-juta orang buat benda yang sama.
Cara Betul Nak Buang Bateri

Jangan risau, pelupusan bateri yang betul bukanlah susah sangat. Korang cuma perlu:
Langkah 1 : Kumpul bateri terpakai dalam satu bekas tertutup.
Langkah 2: Hantar ke pusat kitar semula elektronik. Ada banyak pusat kitar semula e-waste yang terima bateri.
Langkah 3: Kalau beli barang elektrik dari jenama besar, tanya jika mereka ada program e-waste ke tidak.
Jaminan Kami, Keselesaan Anda.
Kalau korang beli barang elektrik dari Senheng, jangan lupa untuk manfaatkan program trade-in dan Jaminan Tambahan 1 tahun percuma yang kami tawarkan.
Kenapa penting?
Bila produk lama dihantar semula melalui trade-in, ia boleh dikitar semula dengan betul. Jadi dapat lah kita kurangkan e-waste!
Jaminan tambahan 1 tahun memberi ketenangan kepada korang, misalnya korang ada isu macam bateri rosak awal, korang dah ready dengan perlindungan tambahan.
Bila kita jaga produk dengan baik dan gunakan manfaat yang ditawarakan oleh Senheng ni, kita pun kurang buat pembuangan, dan itu adalah langkah kecil yang mampu beri impak besar.
Jangan Pandang Ringan Dengan Bateri Lama
Bateri mungkin kecil, tapi kesan daripada pengurusan yang salah boleh jadi besar. Kalau kita mula hari ini, jaga, urus dan buang bateri dengan betul, kita bukan je lindungi alam sekitar, tapi juga diri dan keluarga kita.
Jom jadi pengguna bijak, dan biar Senheng jadi partner anda dalam gaya hidup yang lebih bertanggungjawab dan berbaloi! Berminat nak belanja di Senheng? Jom kami ajar macam mana nak belanja sambil boleh dapat ganjaran di sini.



Comments