top of page

“Alah Membeli, Menang Memakai” – Biar Mahal, Tapi Berbaloi!

  • Amiera Hanis
  • Jun 13
  • 2 min read

Kadang-kadang bila nampak harga barang yang mahal sikit, automatik kita rasa takut nak beli. Tapi cuba fikir balik—mahal tu kadang-kadang bukan sebab tak masuk akal, tapi sebab kualiti dan ketahanan dia memang padu.


Orang Melayu dulu-dulu dah lama ajar kita supaya bijak berbelanja, sebab tu wujud peribahasa “Alah membeli, menang memakai”. Maknanya, walaupun barang tu nampak mahal waktu beli, tapi kita menang dari segi kepuasan bila guna, tahan lama dan jimat kos jangka panjang.


Bayangkan anda beli peti sejuk murah. Beberapa bulan lepas tu dah tak sejuk, makanan cepat rosak, letrik pun melambung. Sedih kan? Tapi kalau beli model yang lebih berkualiti (walaupun mahal sikit), bukan je tahan lama—tapi lebih jimat tenaga, mesra pengguna dan ada fungsi canggih.


Sama juga dengan telefon, TV, penyaman udara atau mesin basuh. Bila kita laburkan sikit untuk teknologi yang lebih bagus, hasilnya kita guna bertahun-tahun tanpa masalah. Lagi puas dan lagi jimat untuk jangka masa panjang.


Barang berkualiti adalah satu bentuk pelaburan. Kita mungkin “terasa” masa bayar tu, tapi lepas pakai dan tengok prestasinya—terus rasa puas hati. Tak perlu repair selalu, tak perlu upgrade cepat-cepat dan paling best… tenang je bila guna.


Kalau anda risau tentang risiko beli barang mahal, jangan risau, Senheng sedia backup anda dari segala sudut!


✅Jaminan Tambahan 1 Tahun Percuma

Kalau barang ada masalah atau rosak, tak perlu pening kepala. Ahli PlusOne automatik dapat jaminan tambahan selama setahun – memang berbaloi!


♻️Program Tukar Beli

Nak tukar barang lama? Bawa saja ke Senheng! Guna program trade-in kami untuk dapat potongan harga bila beli yang baru – sambil jaga alam sekitar anda pun boleh jimat duit.


💰Pulangan Tunai S-Coin

Lagi mahal harga barang tu, lagi banyak S-Coin anda boleh kumpul dan tebus untuk pembelian seterusnya. Memang tak ada istilah rugi kalau beli di Senheng. Sangat jimat dan berbaloi-baloi.


Jadi, lain kali bila anda rasa ragu-ragu nak beli barang yang nampak ‘mahal’ tu—ingat balik peribahasa “Alah membeli, menang memakai.”


Bila beli di Senheng, anda bukan je menang dari segi kualiti… tapi menang dari semua sudut termasuk lah tawaran dan ganjaran hebat dari Senheng! Jadi tunggu apa lagi? Jom pilih Senheng hari ini dan jadilah pembeli yang bijak dengan Senheng PlusOne dan S-Coin Cashback!




 
 
 

Comments


bottom of page