top of page
Amiera Hanis

Tak Ada Ini… Tak Lengkap Raya! 3 Barangan Elektrik Dapur Wajib Ada Musim Perayaan

Updated: Apr 16


Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu perayaan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam. Selain dari kumpul duit raya, perkara yang paling menyeronokkan bila tiba musim raya adalah dengan menikmati hidangan raya yang lazat. Maklumlah setelah sebulan kita berpuasa, jadi ini masanya untuk kita menikmati hidangan raya dengan penuh gembira. Bagi memastikan persiapan hidangan raya korang berjalan lancar dan menyenangkan, di sini ada 3 senarai barangan elektrik dapur yang wajib korang ada terumanya apabila musim perayaan! Jom kita tengok secara lebih terperinci barangan elektrik yang korang perlukan musim raya ini dan macam mana cara untuk memilihnya. KETUHAR:

Barangan elektrik pertama yang perlu ada untuk dapur moden korang adalah Ketuhar. Musim perayaan ni mesti tetamu datang tak putus-putus kan? Dengan adanya ketuhar, korang boleh panaskan, masak atau hidangkan makanan raya dengan lebih cepat dan mudah. Macam mana nak pilih ketuhar? Apa jenis ketuhar sesuai untuk saya? 


  • Saiz dan Kapasiti: Pilih ketuhar dengan saiz yang sesuai dengan keperluan dapur. Pastikan ia mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memuatkan pinggan mangkuk korang. 

  • Fungsi dan Kemudahan Penggunaan: Pilih ketuhar yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang berguna seperti defrost, pemanasan cepat, dan pengaturan suhu yang tepat. Pastikan juga ia mudah dioperasikan dan mempunyai interface yang cekap untuk memudahkan penggunaannya.

  • Kualiti Binaan: Perhatikan kualiti binaan ketuhar yang korang pilih. Pastikan ia dibina dengan bahan yang tahan lasak dan berkualiti tinggi untuk memastikan ketahanan dan kebolehgunaan untuk jangka masa yang panjang.

DAPUR MASAK:

Dapur masak juga merupakan peralatan elektrik yang penting untuk menyediakan hidangan raya yang lazat. Dapur masak terbahagi kepada dua jenis, yang pertama ialah dapur gas dan yang kedua adalah dapur jenis induksi. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sekiranya korang nak beli dapur masak yang menepati citarasa:

  • Pembakaran yang Sekata: Pilih dapur masak yang mempunyai api yang sekata dan kuat untuk memastikan hidangan dimasak dengan cepat dan sempurna. Api yang sekata juga akan menghasilkan hidangan yang lebih berkualiti dan dimasak sempurna.

  • Kawalan Suhu: Pilih dapur gas yang dilengkapi dengan kawalan suhu yang tepat. Suhu yang tepat membolehkan korang mengawal suhu api secara lebih efisien sekiranya hidangan yang dimasak memerlukan suhu yang berbeza. Kawalan suhu yang baik dapat mengelakkan masakan korang dari hangus.

  • Kualiti Binaan: Perhatikan kualiti bahan pembinaan dapur gas yang korang beli. Pastikan ia kena dengan perspektif produk yang di cari bagi memudahkan proses memasak nanti.

HUD MASAK:

Yang ketiga adalah Hud Masak. Ramai di antara kita tidak tahu bahawa hud masak ini juga sangat penting dan perlu ada di rumah. Lebih-lebih lagi apabila kita menerima tetamu yang ramai seperti musim perayaan yang akan tiba nanti. Hud masak penting dalam mengekalkan kesegaran udara dan kebersihan di dapur. Cara untuk memilih hud masak yang baik dan berkualiti tinggi adalah:

  • Saiz dan Reka Bentuk: Pilih hud masak yang sesuai dengan saiz dapur korang. Ambil ukuran yang tepat tentang lebar dan kedalaman kawasan memasak untuk memastikan hud masak yang dipilih sesuai dengan ruangan yang disediakan.

  • Tahap Kebisingan: Perhatikan tahap kebisingan kipas atau penyedut hud masak tersebut. Cari model yang mempunyai operasi senyap untuk meminimumkan gangguan bunyi semasa korang memasak. Lebih-lebih lagi jika dapur korang tu jenis terbuka atau bersebelahan dengan ruang tamu.

  • Tahap Sedutan: Pilih hud masak yang mempunyai daya sedutan yang kuat. Ini dapat membantu penyedutan udara dan kotoran pada dapur disedut dengan lebih berkesan dan efisien.

Jadi, korang dah ada ke ketiga-tiga barangan elektrik di atas? Kalau belum jom buat persiapan raya korang sekarang bersama kami di Senheng. Di Senheng kita mempunyai pelbagai jenama barangan elektrik yang berkualiti mengikut citarasa korang. Bukan itu sahaja, korang pun boleh dapatkan pelbagai faedah yang berbaloi terutama sekali kalau korang merupakan ahli PlusOne Senheng.  

Tunggu apa lagi? Jom kunjungi cawangan Senheng berdekatan korang sekarang! Selamat Hari Raya!


592 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page