top of page
Amiera Hanis

Tak Tahu Nak Bagi Apa? Ini Dia Top 3 Hadiah Terbaik untuk Ayah!


Haa! Hari bapa dah tak lama lagi. Korang dah buat persiapan atau sediakan hadiah untuk beri pada ayah ke belum? Mesti pening kan nak memikirkan hadiah apa yang sesuai untuk ayah. Biasanya kalau nak mencari hadiah untuk lelaki jenis ni memang agak susah (sikit). So hari ini, kita nak cadangkan antara top 3 hadiah terbaik yang pasti akan membuat ayah korang tersenyum lebar... Let’s go!

Ayah Suka Tengok Sport? Hadiahkan Bar Bunyi Berkualiti untuk Pengalaman Tontonan yang Menakjubkan!

Kalau ayah korang memang kaki sport, tak ada hadiah lain yang lebih baik daripada bar bunyi berkualiti tinggi. Dengan bar bunyi yang hebat, pengalaman menonton di rumah akan jadi lebih memukau dan menghiburkan. Dengan adanya alat ini, ayah korang dapat menikmati setiap bunyi yang dihasilkan dengan lebih  jelas. Orang kata ala-ala macam berada di stadium sebenar gitu.


Sebelum korang nak buat pembelian tu,  pastikan korang pilih bar bunyi yang sesuai dengan ruang tamu korang untuk hasil yang terbaik!

Tak Lengkap Hari Tanpa Secawan Kopi

Bagi kebanyakan ayah, secawan kopi panas adalah titik permulaan yang sempurna untuk hari yang sibuk. Untuk cadangan hadiah yang kedua ini, korang boleh cuba hadiahkan ayah sebuah coffee maker. Zaman sekarang ni dah tak susah nak cari kopi yang sedap, hanya di rumah sahaja pun dah boleh dapat kopi yang lazat dan rasa yang sempurna.


Kalau ada coffee maker, ayah tak perlu lagi habiskan masa beratur di kedai kopi atau buat kopi menggunakan kaedah yang konvensional. Setiap tegukannya pun akan memberi rasa yang berbeza berbanding korang bancuh sendiri di rumah. Baru lah ayah-ayah kita ada tenaga untuk memulakan hari dengan penuh semangat! Tampil Lebih Muda Dari Usia

Hadiah terakhir yang korang boleh bagi ialah pencukur elektrik. Sekarang zaman 2024, inilah masanya untuk berikan ayah korang kelebihan untuk hensemkan diri dengan pencukur elektrik yang canggih. Dengan teknologi terkini, pencukur elektrik ini akan memberi hasil cukuran yang lebih halus dan selesa tanpa perlu menghabiskan masa yang lama di bilik mandi. Sesuai untuk gaya atau janggut yang kemas, pencukur elektrik yang canggih ini adalah hadiah yang praktikal dan berguna untuk si ayah.

Sekarang ayah korang dah boleh tampil lebih muda dari usianya. Dengan teknologi yang terkini, ayah boleh menikmati pengalaman pencukuran yang lebih selesa, efisien dan membuat penampilannya sentiasa segar dan berseri.

Takut Tak Ada Budget Nak Beli Hadiah untuk Hari Bapa? AEON Credit Kan Ada!

Sesiapa yang berkomitmen tinggi tu, korang boleh cuba kaedah pembayaran melalui AEON Credit. Dengan Ansuran Mudah AEON Credit korang dah tak perlu risau jika terlari budget atau tak cukup duit sebelum gaji seterusnya.

Ansuran Mudah AEON Credit juga menawarkan bulanan serendah RM48 je tau! Tak perlu kat kredit pulak tu. Nak dapatkan kelulusan pun mudah dan cepat sangat. Jadi tak ada alasan dah untuk korang tak mampu nak belikan hadiah sempena hari bapa nanti, kerana semuanya dijamin settle dengan Ansuran Mudah AEON Credit! Klik sini untuk info lanjut : https://discover.senheng.com.my/aeon-credit-service

340 views0 comments

Comments


bottom of page