Tips Pilih Barang Elektrik yang Boleh Jimatkan Bil Anda!
- Amiera Hanis
- Oct 13
- 1 min read

Setiap kali buka bil elektrik, mesti ramai yang mengeluh “Eh, kenapa makin naik ni padahal bukan guna banyak pun? Sebenarnya, kadang-kadang bukan sebab kita guna terlalu banyak, tapi sebab kita guna peralatan yang tak jimat tenaga.
Nak tahu macam mana nak pilih barang elektrik yang boleh bantu anda jimat bil (dan bantu bumi sekali!)? Jom kita kongsi sikit tips bijak tenaga ni.
Tengok Label Kecekapan Tenaga

Kalau nak beli peralatan elektrik baru, jangan terus tengok harga, tengok dulu label tenaga bintang-bintang tu! Lagi banyak bintang, lagi jimat tenaga, lagi rendah bil elektrik anda setiap bulan.
Contoh:
Peti sejuk 5 bintang boleh jimat tenaga sampai 30–40% berbanding model biasa.
TV atau aircond yang ada Energy Star pun guna tenaga lebih efisien
Pilih Produk Inverter

Kalau anda tengah cari aircond, peti sejuk, atau mesin basuh baru pastikan pilih model Inverter. Kenapa? Sebab teknologi inverter ni pandai adjust kuasa ikut keperluan. Tak perlu “on-off” kerap sangat, jadi penggunaan elektrik lebih stabil dan jimat!
Pastikan Saiz Sesuai Ikut Kegunaan

Ramai tak perasan, beli barang terlalu besar atau terlalu kecil pun boleh buat tenaga terbuang!
Contohnya:
Kalau rumah kecil tapi beli aircond 2.5HP, tenaga yang digunakan terlalu tinggi.
Mesin basuh besar tapi muatan sikit-sikit je? Sama juga, tenaga jalan tapi hasil tak efisien.
Pilih Barang Ada “Eco Mode” atau Smart Function

Sekarang banyak peralatan elektrik ada mod pintar (Smart / Eco Mode. Fungsi ni automatik kurangkan penggunaan tenaga bila tak diperlukan.
Contoh:
TV dengan Eco Mode akan laras kecerahan ikut cahaya bilik.
Mesin basuh “AI Wash” laras air dan masa ikut beban cucian.
Peti sejuk Smart Inverter kawal suhu ikut kekerapan buka pintu.
Cara Penggunaan Pun Main Peranan!
Barang elektrik jimat tenaga pun tak guna kalau cara guna tak betul.
Contoh:
Biarkan plug sentiasa terpasang walau tak digunakan
Tetap guna aircond suhu 18°C (padahal 24°C dah cukup sejuk!)
Biar lampu menyala siang hari
So, kalau pilih barang elektrik yang jimat tenaga bukan sekadar dapat kurangkan bil, tapi juga langkah kecil ke arah gaya hidup lebih lestari.
Setiap kali anda pilih produk berteknologi inverter atau berlabel tenaga tinggi di Senheng, anda bukan je buat pilihan bijak untuk rumah sendiri, tapi juga bantu usaha untuk masa depan bumi kita.



Comments