top of page
Hannah Yeoh (Facebook)

Tajaan RM1,000,000 Kepada Atlet Olimpik Malaysia Apabila Memenangi Pingat Emas

Sumber: Hannah Yeoh (Facebook)


Atlet bawa balik pingat emas Olimpik pertama negara bakal menerima tajaan daripada Tan Sri Dr. Lim Wee Chai (Pengerusi Eksekutif Top Glove & Pemilik Top Residency) dan KH Lim (Pengerusi Senheng)


1. Hari ini saya bersama Jawatankuasa Road to Gold (RTG) telah mengumumkan dua penaja yang akan memberikan tajaan kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas pertama di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Tajaan ini adalah sebagai menyuntik semangat atlet agar dapat memberikan aksi yang terbaik di bumi Paris nanti.

2. Dua penaja tersebut ialah Tan Sri Dr. Lim Wee Chai dan En Lim Kim Heng yang akan memberikan sumbangan seperti berikut:


a. Top Residency

Top Residency, sebuah pembangunan mewah di Setia Alam, menawarkan pangsapuri servis bernilai RM1 juta sebagai insentif istimewa. Terletak di kawasan strategik yang pesat membangun, Top Residency adalah sebahagian daripada sebuah hotel bertaraf 4 bintang menjanjikan gaya hidup eksklusif dan kemudahan bertaraf dunia.


b. En. Lim Kim Heng (Pengerusi Eksekutif Senheng)

Wang tunai berjumlah RM 1 juta kepada atlet yang berjaya memenangi pingat emas di bawah Program Bakat Badminton SS (2012 – 2016) yang telah layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 iaitu Aaron Chia, Soh Wooi Yik & Chen Tang Jie. Sekiranya ada lebih dari satu pemenang, wang tunai akan dikongsikan sama rata. Ini adalah sumbangan peribadi daripada Pengasas & Pengerusi Eksekutif Senheng New Retail Berhad, En. Lim Kim Heng. Senheng telah menyokong tiga pemain ini di bawah Program Bakat Badminton SS sejak penubuhannya termasuk menampung perbelanjaan latihan, penginapan dan makan minum mereka.


3. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucapkan terima kasih dan amat menghargai atas usaha sama antara kerajaan dan pihak swasta memainkan peranan yang sangat penting. KBS mengalu-alukan lebih banyak syarikat swasta dan korporat untuk tampil ke hadapan dalam usaha sama memajukan lagi industri sukan negara.


4. Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove serta pemilik Top Residency, mengumumkan insentif ini dengan penuh semangat. Beliau menyatakan, “Kami berharap insentif ini akan menjadi pemangkin kepada kepada atlet-atlet negara untuk mencapai kejayaan yang belum pernah dicapai sebelum ini, termasuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama Malaysia.”


“Inisiatif ini bukan sekadar ganjaran ‘material’, tetapi juga simbol sokongan korporat terhadap kecemerlangan sukan negara. Kami ingin menggalakkan masyarakat untuk menghargai gaya hidup aktif dan sihat, serta memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat untuk memberi impak positif kepada komuniti mereka,” katanya.


5. Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Senheng New Retail Berhad, En. Lim Kim Heng berkata, "Saya sangat teruja untuk mengumumkan ikrar peribadi sebanyak RM1,000,000 wang tunai kepada pemain badminton Malaysia pertama dari Program Bakat Badminton SS untuk mencapai pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024. 


Ganjaran ini adalah mengulangi kepercayaan saya terhadap bakat dan dedikasi atlet kita yang telah muncul daripada program ini daripada sekumpulan 20 orang sejak 2012. Harapan saya agar insentif ini bukan sahaja dapat memotivasikan mereka untuk mencapai prestasi terbaik, tetapi juga dapat mengukuhkan semangat perpaduan dan berkongsi tujuan untuk melakar kejayaan bersejarah buat Malaysia.”

540 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page