Pernahkah anda melangkah masuk ke dunia di mana anda diberi ganjaran untuk setiap sesuatu yang anda lakukan? Dunia yang kelihatan tiada langkah yang salah; setiap langkah yang anda ambil adalah baik dan diberi ganjaran yang menjangkau imaginasi anda? Tidak? Bagaimana jika saya memberitahu anda bahawa ya, dunia ini memang wujud? Kerana itulah yang akan anda alami di Senheng, di mana anda diberi ganjaran yang begitu lumayan, sehingga anda bebas untuk menggunakannya dalam apa jua cara, untuk apa sahaja, yang menjadi pilihan anda.
Ganjaran Pulangan S-Coin
Antara ganjaran yang paling banyak diberi di Senheng ialah ganjaran pulangan S-Coin. Bayangkan, setiap sen yang anda belanjakan, anda akan dapat balik. Macam duit free, betul tak? Itulah yang akan anda dapati di Senheng dengan ganjaran pulangan S-Coin! Contohlah, anda nak pindah rumah, anda nak beli banyak barang untuk rumah baru anda — peti sejuk, televisyen, mesin basuh, mesin pengering baju, ketuhar, periuk nasi elektrik (rice cooker) dan sebagainya. Banyak tu nak beli! Bayangkan kalau beli sebanyak tu, berapa banyak ganjaran pulangan S-Coin yang boleh dapat? Satu ketuhar dah boleh dapat dalam 3000 S-Coin, peti sejuk boleh dapat lagi 3000 S-Coin, lebih-lebih lagi kalau ada promosi ekstra ganjaran pulangan S-Coin. Tambah semua peralatan rumah yang nak dibeli, mungkin boleh dapat dalam berpuluh ribu S-Coin dah! Haaa, rugi tak rugi kalau tak beli di Senheng?Â
Kejap kejap, tapi S-Coin ni kumpul banyak-banyak nak buat apa? Kegunaannya, of course lah untuk shopping jugak! Okay cuba fikirkan, lepas anda dah habis kumpul dalam 20,000 S-Coin macam tu lepas beli barang untuk pindah rumah, anda baru perasan anda tertinggal nak beli penyaman udara untuk ruang tamu. Jadi, anda pun kembali ke Senheng untuk beli air cond. Masa nak bayar tu, sekali jurujual tu bagitahu sekarang ada promo, boleh tebus hingga 50% S-Coin untuk produk yang nak dibeli! Fuh, dari harga RM1,000, terus jadi RM500, macam tak boleh percaya kan?! Bukan itu sahaja, kita boleh juga gunakan S-Coin kita ni untuk beli pelbagai barang dalam aplikasi Senheng seperti barang runcit, produk di farmasi, produk dan suplemen kesihatan, peralatan rumah seperti di MR.DIY dan sebagainya. S-Coin ini memang betul-betul berguna, barang yang diperlukan pada semua bucu kehidupan semua boleh dibeli di aplikasi Senheng!Â
Percuma Jaminan Tambahan 1 Tahun
Masih tertanya-tanya apakah cara lain yang boleh anda pilih untuk menggunakan ganjaran anda? Gunakanlah jaminan tambahan 1 tahun percuma anda! Ini merupakan perkara penting yang membezakan ganjaran kami dengan ganjaran yang ada di luar sana. Anda pernah tengok tak video tular di mana orang pertama yang mendapat iPhone baru terjatuhkan telefonnya itu di lantai? Mesti pernah risau kan kalau benda tu berlaku kepada anda? Dengan jaminan tambahan 1 tahun percuma kami, anda tak perlu risau lagi pasal hal seperti ini.Â
Bukan itu sahaja, jaminan tambahan 1 tahun kami ini paling berguna bagi produk yang anda hendak gunakan untuk jangka masa yang panjang. Kenapa? Sebab jaminan tambahan 1 tahun ini memberi jaminan tambahan kepada produk anda sepanjang setahun selepas jaminan produk anda tamat. Okay, kita sambung contoh pindah rumah tadi. Katakanlah anda sudah mula menetap di rumah baru anda. Pada tahun ketiga, tiba-tiba peti sejuk yang anda beli dengan Senheng rosak; tiba-tiba dalamnya tak sejuk. Masa anda periksa — alamak, jaminan dari pengilang jamin 2 tahun je, tapi bulan ni dah masuk tahun ke-3, macam mana ni? Oh, haahlah, kan ada jaminan tambahan 1 tahun! Nasib baik beli kat Senheng! Kalau beli kat tempat lain, boleh ke nak hantar pergi baiki lagi kalau dah masuk tahun ke-3? Phew~! Dengan Senheng, ketenangan anda merupakan keutamaan kami, dan akan kami panjangkannya dengan jaminan tambahan 1 tahun secara percuma!
Online-Merge-Offline (OMO)
Antara ganjaran yang tersedia untuk menjadi pilihan anda ialah perkhidmatan Online-Merge-Offline (OMO) kami. Kalau anda tahu tentang aplikasi Senheng, tentu anda tahu yang sememangnya Senheng membekalkan perkhidmatan pembelian dalam talian di aplikasi kami ini. Yang membezakan aplikasi dan perkhidmatan kami dengan aplikasi dan perkhidmatan di luar sana ialah walaupun anda membeli dalam talian, kami akan memberikan anda layanan dan perkhidmatan sama seperti anda membeli secara fizikal daripada kami. Macam mana tu? Macam ni, contohnya, anda ingin membeli kipas, jadi anda pun memesan satu kipas berdiri dari aplikasi Senheng. Lepas anda bayar, tiba-tiba ada orang telefon — eh, jurujual Senheng la! Dia tanya tentang pembelian anda lalu memberikan anda panduan dan sokongan yang anda perlukan —- mengajar anda tatacara memasang dan menggunakan produk yang dibeli. Anda beli atas talian, tapi dah macam tengah beli kat kedai, betul tak? Best kan!
Kesimpulan
Sekarang sudah jelas kan, apa yang kami maksudkan dengan dunia di mana anda diberi ganjaran yang berlimpah-limpah, sehinggakan anda bebas menggunakan ganjaran itu dalam apa jua cara, untuk apa sahaja, yang menjadi pilihan anda? Mungkin tempat lain hanya mampu tawarkan diskaun, namun apa yang kami dapat tawarkan jauh menjangkau diskaun biasa —- apa yang kami tawarkan merangkumi semua aspek kehidupan anda, dari ganjaran pulangan S-Coin, ketenangan yang datang dengan jaminan tambahan 1 tahun, hinggalah ke keselesaan, kemudahan dan kejelasan yang datang dengan perkhidmatan OMO kami. Jadi, fikir apa lagi? Datanglah membeli-belah di Senheng, di mana anda boleh menggunakan ganjaran anda dalam apa jua cara, untuk apa sahaja, yang menjadi pilihan anda.
Comentarii